Harian Metro

Tinggal bola, layan cucu

-

perlu saya bekerja lagi sedangkan pendapatan pencen sebagai bekas pegawai polis berpangkat Supritende­n sudah mencukupi untuk saya menyara kehidupan saya dan isteri, Maznah Mohd Dean. Anak saya seramai empat orang juga telah dewasa dan boleh menanggung diri sendiri.

Memang benar, tapi saya bekerja bukan kerana wang sebaliknya hanya untuk mengisi masa terluang.

Saya jenis orang yang tidak boleh duduk diam dan perlu sentiasa sibukkan diri. Jika tidak, saya berasa seperti orang sakit.

Sesekali, saya suka membelek semula album gambar lama serta keratan akhbar mengenai diri saya ketika zaman kegemilang­an pada 1970an. Ia mengembali­kan nostalgia pembabitan saya dalam bola sepak, bermula dengan Pulau Pinang pada 1966, kemudian Perak (19691970) dan berakhir bersama Selangor pada 1975.

Sudah tentu, kemuncak karier saya ialah apabila beraksi di Sukan Olimpik, Munich, Jerman pada 1972. Walaupun hanya dapat bermain pada perlawanan pertama menentang Amerika Syarikat dan terlepas baki perlawanan akibat kecederaan, namun ia tetap menjadi kenangan manis kepada saya.

Kini, akibat mutu bola sepak Malaysia yang semakin merosot, dengan sendirinya menyebabka­n saya ‘hilang selera’ untuk mengambil tahu mengenai perkembang­an bola sepak negara. Hanya sesekali saya menonton perlawanan liga tempatan, selebihnya saya lebih suka menonton aksi bola sepak luar negara.”

 ??  ?? RAHIM Abdullah
SKUAD olimpik munich 1972
PROFIL
Nama: Abd Rahim Abdullah
Lahir: 12 September, 1947
Asal: Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Pasukan diwakili: Pulau Pinang (19661968), Perak (19691970), Selangor (19711975).
Pencapaian: - Juara Piala...
RAHIM Abdullah SKUAD olimpik munich 1972 PROFIL Nama: Abd Rahim Abdullah Lahir: 12 September, 1947 Asal: Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pasukan diwakili: Pulau Pinang (19661968), Perak (19691970), Selangor (19711975). Pencapaian: - Juara Piala...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia