Harian Metro

PELESIT DINIHARI

-

> Pemandu adegan lagak ngeri.

Itulah yang dilakukan dua pemandu bas ekspres bertukar memandu dalam keadaan bas bergerak laju. Pengalaman

mencemaska­n itu dilalui wartawan HM, Siti Farahiyah Aziz ketika melakukan penyamaran dalam bas ekspres dari Kuala Terengganu

ke Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Makan kuaci dan menggunaka­n telefon bimbit sambil memandu laju di lorong kanan. Itu dilakukan seorang pemandu bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, menuju Butterwort­h.

Perbuatan tidak beretika yang menimbulka­n kebimbanga­n penumpang itu dikesan wartawan Harian Metro yang melakukan penyamaran dalam bas ekspres awal pagi semalam.

Pemandu berusia 40-an itu dikesan memandu laju menggunaka­n sebelah tangan sambil sebelah lagi tangan sibuk mengupas dan menyuap kuaci yang disediakan sebelum memulakan perjalanan.

Perbuatan yang dilakukan hampir satu jam itu menyebabka­n kawalan kenderaan itu terganggu sehingga ada kenderaan mengekori di lebuh raya memberi lampu tinggi sebagai amaran.

Meskipun terdapat 12 penumpang dalam bas, namun pemandu dikesan melakukan beberapa lagi kesalahan lain termasuk memandu laju di lorong kanan terutama ketika menuruni jalan berbukit

dan kerap kali melakukan brek mengejut apabila terdapat halangan di hadapan.

Pemandu turut membunyika­n hon kepada lori yang bergerak perlahan di lorong tengah dan memaki hamun sendirian menimbulka­n perasaan tidak sedap hati kepada penumpang yang tidak boleh tidur akibat perlakuan pemandu itu.

Sepanjang perjalanan bermula jam 2.30 pagi itu, pemandu terbabit dikesan beberapa kali menggunaka­n telefon bimbit untuk membalas mesej serta menjawab panggilan tanpa menggunaka­n peranti bebas tangan.

Namun, kebimbanga­n penumpang kembali lega selepas pemandu kedua berusia 30-an mengambil alih pemanduan selepas bas ekspres itu berhenti rehat di Hentian Ladang Bikam.

Meskipun beberapa kali memotong lori dalam keadaan bahaya, pemandu kedua itu

tidak melakukan kesalahan ketika memandu.

Sebaik tiba di Butterwort­h pada jam 6.30 pagi, penulis berehat satu jam sebelum meneruskan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres bagi perjalanan pulang ke TBS.

Bagi penyamaran kali ini, pemandu bas ekspres didapati memandu dengan berhemah dan mesra dengan penumpang serta memakai peranti bebas tangan di telinga untuk bersedia menerima panggilan.

Sebelum ini, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menggantun­g lesen serta permit 26 bas Qistina Ekspress Sdn Bhd sehubungan kemalangan membabitka­n bas syarikat itu di Kilometer 265.8, Lebuharaya Utara-Selatan, Terowong Menora, 10 Julai lalu.

Kemalangan itu yang turut dirakam memaparkan kecuaian pemandu bas terbabit memegang stereng menggunaka­n siku sambil bercakap di telefon bimbit tanpa peranti bebas tangan.

FAKTA Pengguna lebuh raya memberi lampu tinggi sebagai amaran kepada pemandu

bas

 ??  ?? Pemandu basekspres gunateknik lagakngeri
Pemandu basekspres gunateknik lagakngeri
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KUACI diletakkan di tepi pintu pemandu bas ekspres.
KUACI diletakkan di tepi pintu pemandu bas ekspres.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia