Harian Metro

Gurauan tak boleh makan lagi

-

Johor Bahru: “Makan-makan, nanti dah tak boleh makan lagi,” itu gurauan terakhir kakitangan Plaza Tol Perling, Razman Azrai Mohd, 28, kepada rakan sekerja sebelum dia meninggal dunia dalam kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Jalan Tebing Runtuh, Gelang Patah di sini, jam 4 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa dalam perjalanan pulang mangsa dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Melayu, Gelang Patah sebelum Perodua Kancil dipandunya terbabit kemalangan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Rexton.

Kemalangan mengakibat­kan mangsa parah di kepala meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Rakan sekerja mangsa yang enggan dikenali berkata, arwah sempat bergurau bersama rakan ketika menjamu selera di dapur pejabat plaza tol berkenaan pada hari kejadian.

“Ramai rakan sekerja menyangka dia bergurau walaupun ada yang sedikit tersentak ketika dia memaklumka­n tidak dapat makan bersama lagi.

“Ketika kejadian, mangsa bekerja syif pagi bermula jam 6 pagi hingga 2.30 petang. Bapa kepada tiga anak itu turut memaklumka­n tidak mahu lagi terbabit acara sukan kerana mahu pulang ke kampung halaman di Terengganu.

“Dia menyuaraka­n untuk bersara dalam sukan mewakili jabatannya pada kejohanan badminton di Yong Peng, 20 Julai ini. Bahkan dia berkata mahu pulang ke Terengganu,” katanya.

Menurut rakan sekerja mangsa, arwah aktif bersukan malah terpilih mewakili jabatannya ke Kedah pada acara sukan, 28 Julai ini.

Mayat mangsa dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Telaga Papan, Setiu, semalam untuk pengebumia­n.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superinten­dan Noor Hashim Mohamad ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

“Siasatan mendapati Perodua Kancil dipandu mangsa menghala ke Nusantara dari Gelang Patah. Ia dipercayai dirempuh Rexton dipandu warga emas berusia 76 tahun dari arah kanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? KERETA Razman Azrai (gambar kecil) remuk teruk dalam kemalangan maut di simpang empat lampu isyarat, Jalan Tebing Runtuh, Gelang Patah.
KERETA Razman Azrai (gambar kecil) remuk teruk dalam kemalangan maut di simpang empat lampu isyarat, Jalan Tebing Runtuh, Gelang Patah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia