Harian Metro

Tergelinci­r gaung 5 meter

-

Genting Highlands: Seorang pekerja Pejabat Daerah dan Tanah Raub, Pahang, cedera sejurus tergelinci­r dan terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Gunung Bunga Buah, Gohtong Jaya di sini.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi semalam, mangsa, Ahmad Jamri Mustapa, 43, bersama tujuh pendaki lain dipercayai tersesat ketika mencari jalan keluar dari kawasan pergununga­n itu.

Mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang menuruni puncak gunung berikutan laluan licin serta berkabus di lokasi kejadian.

Anggota Unit Bantuan Kecemasan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Shukor Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.30 pagi semalam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya, di lokasi kejadian, didapati tujuh pendaki dalam keadaan kepenatan dan sedang menunggu bantuan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki terbaring cedera akibat terjatuh ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, lapan pendaki sesat itu membabitka­n lima lelaki dewasa, seorang wanita dan dua kanak-kanak perempuan.

“Pendaki yang lain hanya mengalami kepenatan akibat tersesat mencari jalan keluar dari dalam hutan berkenaan.

“Mangsa lelaki yang terjatuh ke dalam gaung itu diberikan rawatan kecemasan berikutan cederadi bahagian kepala, kaki dan badan. Mangsa kemudian dibawa keluar menggunaka­n alat pengusung sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands bergegas ke lokasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia