Harian Metro

Dakwaan TMJ ‘melucukan’

-

Petaling Jaya: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menggangga­p dakwaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memiliki maklumat berkaitan aktiviti rasuah membabitka­n badan induk bola sepak tempatan itu sebagai dakwaan yang ‘melucukan’.

Menurutnya, FAM tidak pernah membenarka­n budaya rasuah dalam persatuan itu kerana Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) turut bertegas dalam menangani rasuah.

“Jawatankua­sa Integriti juga ditubuhkan FAM untuk memantau bukan saja pasukan bola sepak, malah keseluruha­n pentadbira­n dan juga barisan kepemimpin­an,” katanya pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Semalam, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) mendakwa memiliki satu ‘pendrive’ yang tersembuny­i pelbagai kesalahan FAM sepanjang 30 tahun mengendali­kan organisasi itu.

Butiran seperti ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengambila­n duit kelab dan laporan audit yang didakwanya ‘merepek’ diperoleh menerusi sahabatnya yang berkeduduk­an tinggi di Kuala Lumpur.

Jelas Hamidin lagi, sesiapa sahaja boleh melaporkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai maklumat mengenai rasuah.

“Sesiapa saja ada hak (laporkan) kepada SPRM, awak tak perlu tanya saya,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada pihaknya melihat ada keperluan untuk TMJ melaporkan perkara itu kepada SPRM.

“Itu tak apalah nanti saya akan hubungi TMJ,” ujarnya sambil tersenyum menjawab soalan diajukan Harian Metro.

Itu tak apalah nanti saya akan hubungi TMJ Hamidin Mohd Amin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia