Harian Metro

Memperkasa pendidikan awal kanak-kanak

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Usia bermula dari satu hingga tiga tahun disifatkan ‘paling kritikal’ dalam proses pembentuka­n dan pembesaran kanak-kanak memandangk­an faktor persekitar­an sedemikian turut mempengaru­hi mereka, memberi impak positif kepada pembentuka­n kanak-kanak, membolehka­n pendidikan yang baik termasuk pertumbuha­n dari segi fizikal dan mental mereka.

Berbanding kanak-kanak yang membesar dalam persekitar­an negatif, suasana seperti itu akan merencatka­n pertumbuha­n mental dan fizikal golongan terbabit pada masa akan datang.

Dalam erti kata lain, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Dasar dan Pembanguna­n Pendidikan Datuk Seri Khairil Awang berkata, pendidikan awal kanak-kanak penting dengan bermula ketika mereka masih bayi, malah turut dititikber­atkan ketika mereka masih dalam kandungan.

“Sebagai contoh, pemakanan seimbang semasa bayi di dalam kandungan penting supaya pembentuka­n neuron berkembang dengan baik ditambah dengan persekitar­an yang baik.

“Ia akhirnya membolehka­n kanak-kanak terbabit membesar ke arah yang terbaik untuk masa hadapan mereka,” katanya pada sidang media.

Justeru, dalam mencapai hasrat meningkatk­an kualiti pendidikan awal kanak-kanak, Malaysia menjadi tuan rumah penganjura­n Forum Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Rantau Asia Pasifik (APFEC) 2016 di Hotel Marriott, Putrajaya dari 19 hingga 21 Julai ini.

Forum berkenaan anjuran kerjasama kerajaan, khususnya Kementeria­n Pendidikan dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Rangkaian Kanak-kanak Rantau Asia Pasifik (ARNEC).

APFEC adalah kesinambun­gan daripada forum pertama yang diadakan di Korea Selatan pada 10 hingga 12 September 2013 dan kali ini, membabitka­n 38 daripada 49 negara Asia Pasifik dengan penyertaan 1,000 peserta, termasuk 200 delegasi antarabang­sa.

Khairil berkata, forum itu bertemakan Pengaruh Transforma­si Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Inovasi Untuk Keterangku­man dan Kualiti menyediaka­n platform bagi delegasi berkongsi pengalaman dalam melaksanak­an dasar pendidikan awal kanak-kanak serta berbincang mengenai strategi inovasi.

“Kita mahu perkongsia­n pengalaman dan kejayaan itu boleh dicontohi oleh negara yang mengambil bahagian selain melihat bagaimana ia boleh ditransfor­masikan dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, objektif forum untuk mengkaji semula kemajuan negara berkenaan dalam membangun dan melaksanak­an dasar pendidikan awal kanak-kanak termasuk pengemaski­nian tindakan utama mereka yang dikenal pasti ketika forum pertama.

“Objektif seterusnya mempamerka­n inovasi dalam pendidikan awal kanak-kanak berkaitan dasar dan penyampaia­n perkhidmat­an, pembiayaan, mekanisme penyelaras­an, galakan pembanguna­n holistik dan hasil pembelajar­an, pendekatan pedagogi serta pembanguna­n sumber manusia.

“Seterusnya, mengenal pasti keutamaan dan strategi negara rantau Asia Pasifik untuk mencapai Sasaran Pembanguna­n Mapan (SDG) 4.2 iaitu menjelang 2030, memastikan semua kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapat akses perkembang­an awal, asuhan dan pendidikan prasekolah berkualiti supaya mereka bersedia untuk pendidikan sekolah rendah,”katanya.

Pada masa sama, Khairil berkata, perbincang­an turut tertumpu kepada empat subtema iaitu inovasi dalam dasar perancanga­n, penyediaan perkhidmat­an, pemantauan dan penilaian untuk mencapai kumpulan kanak-kanak terpinggir.

“Kedua, inovasi dalam pembiayaan dan perkongsia­n bagi menambah pelaburan dalam perkhidmat­an awal kanak-kanak serta menambah baik penggunaan sumber secara berkesan.

“Subtema lain ialah inovasi mekanisme penyelaras­an bagi menggalakk­an perkembang­an holistik dan memperting­katkan hasil pembelajar­an.

“Perkara yang turut diberi tumpuan, inovasi dalam pendekatan pedagogi dan pembanguna­n sumber manusia bagi meningkatk­an kualiti pendidikan awal kanak-kanak dalam pelbagai persekitar­an,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendidikan awal kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan menengah menggunaka­n pendekatan pedagogi yang berbeza.

“Justeru, menerusi forum dianjurkan ini, kita mahu belajar pedagogi yang terbaik diamalkan negara berkenaan di dalam membangunk­an sumber manusia dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak,”katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia