Harian Metro

Tangguh 14 penerbanga­n

- Rudy Syareme Sheriffudi­n dan Mohd Hilmi Mahmud am@hmetro.com.my

Balik Pulau

“Saya tidak sempat selamatkan barang kerana air naik sangat cepat,” kata Norsyuzila Othman, 32, selepas rumah mereka dilanda banjir akibat hujan lebat lebih lapan jam di Teluk Bahang, di sini, semalam.

Menurutnya, hujan lebat sejak malam kelmarin berlarutan tanpa henti sehingga petang, semalam menyebabka­n kawasan Kampung Nelayan, di sini, dinaiki air.

Dia yang berkerja sebagai pembantu tadika terkejut selepas menerima panggilan dari adik perempuan, Shahidah Othman, 23, memberitah­u air sudah melimpah masuk ke dalam rumah sehingga paras paha.

“Saya tidak sempat selamatkan apa-apa barangan yang terletak di bahagian bawah rumah kerana air bercampur lumpur mula melimpah masuk memenuhi ruang tamu dan dapur.

“Saya juga bimbang akan keselamata­n keluarga dan meminta ibu, Siti Zaleha Din, 65, yang uzur naik ke tingkat atas untuk selamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana Proton Wira yang diletak di luar rumah dapat dialihkan dengan bantuan orang ramai ke kawasan yang lebih tinggi.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang, Penguasa Bomba Kanan II Asri Hussin berkata, banjir kilat agak teruk berlaku di kawasan Kampung Nelayan dan Kampung Teluk Awak.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.31 petang dan sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba Teluk Bahang bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera.

Katanya, maklumat awal dan pemeriksaa­n mendapati kerja bantuan turut dilakukan anggota bomba dari Paya Terubong dengan kekuatan 18 anggota.

“Ketika di lokasi didapati terdapat lebih 20 rumah teres dan kampung bersebelah­an ditenggela­mi air sedalam 0.6 meter yang dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan air laut pasang.

“Kerja-kerja menyelamat dilakukan dan seorang warga emas dipindahka­n ke kawasan selamat selepas rumahnya dinaiki air.

“Operasi pemantauan masih dilakukan dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain,” katanya. Balik Pulau: Sebanyak 14 penerbanga­n terpaksa ditangguhk­an berikutan banjir kilat yang melanda Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, di sini, semalam.

Pengurus Kanan Malaysia Airport Berhad (MAB), Mohd Arif Jaafar berkata, semua penerbanga­n berkenaan terpaksa ditunda berikutan air naik di beberapa kawasan di LTAPP selain cuaca buruk kerana angin kuat dan hujan lebat sejak jam 2 petang.

Menurutnya, 14 penerbanga­n itu membabitka­n 10 penerbanga­n di Balai Ketibaan dan 4 di Balai Berlepas.

“Air naik di kawasan tempat kenderaan mengambil penumpang, balai ketibaan dan di longkang sekitar laluan utama jalan masuk ke LTAPP.

“Keadaan lalu lintas di kawasan pintu ketibaan juga terjejas namun beransur pulih selepas air mulai surut kira-kira jam 7 petang,” katanya.

 ?? FOTO: ?? ANGGOTA bomba dan penyelamat tiba dengan membawa bot ke lokasi
banjir.
FOTO: ANGGOTA bomba dan penyelamat tiba dengan membawa bot ke lokasi banjir.
 ??  ?? KEADAAN sungai di sekitar Teluk Bahang yang mungkin penyebab utama banjir kilat, semalam.
KEADAAN sungai di sekitar Teluk Bahang yang mungkin penyebab utama banjir kilat, semalam.
 ??  ?? BANJIR kilat di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Bayan Lepas selepas hujan lebat.
BANJIR kilat di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Bayan Lepas selepas hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia