Harian Metro

Kecut perut diarah keluar kereta api

- Intan Mas Ayu Shahimi, Mohd Nasif Badruddin, Mohd Husni Mohd Noor, Nursyahira­h Marzuki dan Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

„ Rakyat Malaysia beli-belah pulang jalan kaki di Turki

“Kami terpaksa berjalan sejauh kira-kira 10 kilometer dari pertengaha­n Bazar Tekke dan Sultan Ahmed untuk sampai ke tempat penginapan,” kata Siti Zarinah Syusoff, 50.

Siti Zarinah adalah seorang daripada 40 rakyat Malaysia yang berdepan situasi genting ketika insiden cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turki yang belot pada Jumaat lalu.

Dia yang ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dari Istanbul, Turki pada jam 3.50 petang semalam berkata, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi ahli rombongan berada di dalam kereta api selepas pulang dari membeli-belah.

“Kereta api yang kami naiki berhenti secara tiba-tiba. Kami turut mendengar pengumuman yang diberikan pihak kereta api yang memaklumka­n perkhidmat­an dihentikan serta-merta,” katanya.

Katanya, ketua kumpulan rombongann­ya memberi arahan untuk keluar dari kereta api sebelum membuat keputusan untuk balik ke tempat penginapan dengan berjalan kaki memandangk­an semua kenderaan awam tidak beroperasi malah, jalan raya juga sudah diambil-alih anggota polis.

Siti Zarinah berkata, dia tidak dapat gambarkan perasaan takut ketika itu memandangk­an ruang udara dipenuhi helikopter selain anggota polis yang melakukan kawalan ketat.

“Saya bersama tujuh lagi ahli rombongan berjalan tanpa memandang kiri dan kanan kerana terlampau takut. Saya hanya mampu berdoa supaya tidak ada perkara buruk yang terjadi kepada kami semua ketika itu.

“Alhamdulil­lah, kami semua selamat tiba di tempat penginapan. Kami hanya tahu kejadian sebenar melalui televisyen sebaik sahaja tiba di tempat penginapan,” katanya.

Katanya, dia tiba di Istanbul pada 7 Julai lalu bagi menyambut Aidilfitri bersama anak perempuann­ya yang melanjutka­n pelajaran di sana.

Sementara itu, Pensyarah Kanan I’jaz al-Quran Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Sukki Othman berkata, keadaan ketika itu sangat huru-hara termasuk bunyi letupan dan perarakan rakyat Turki yang menentang rampasan kuasa oleh askar.

“Bagaimanap­un, keesokan harinya saya sendiri melihat keadaan di sana kembali seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku,” katanya.

 ?? AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? SEBAHAGIAN daripada ahli rombongan rakyat Malaysia dari Istanbul selamat tiba di KLIA, semalam.
AHMAD IRHAM MOHD NOOR SEBAHAGIAN daripada ahli rombongan rakyat Malaysia dari Istanbul selamat tiba di KLIA, semalam.
 ??  ?? Bagaimanap­un, keesokan harinya saya sendiri melihat keadaan di sana kembali seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku”
Bagaimanap­un, keesokan harinya saya sendiri melihat keadaan di sana kembali seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia