Harian Metro

20 guna lorong kecemasan didenda RM28,000

-

Alor Gajah: Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, memerintah­kan 20 individu termasuk empat wanita membayar denda keseluruha­n RM28,000 selepas mereka mengaku salah atas kesalahan menggunaka­n lorong kecemasan, pada Mei lalu.

Pengakuan bersalah itu dirakam di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa.

Berdasarka­n pertuduhan yang dibacakan berasingan, 16 lelaki dan empat wanita berusia 23 hingga 65 tahun itu didakwa memandu kenderaan di lorong kecemasan di KM222, Lebuhraya Utara- Selatan arah utara pada jam 5 petang, 22 Mei lalu.

Justeru, mereka didakwa di bawah Kaedah 53(1) Kaedah Lalulintas Jalan Raya 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkut­an Jalan 1959 yang memperuntu­kkan denda hingga RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-dua sekali.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan pada 22 Mei lalu dipercayai tindakan pengguna lebuh raya terbabit yang menggunaka­n lorong kecemasan menyebabka­n bantuan kecemasan membabitka­n kemalangan di KM228 Lebuhraya PLUS berhampira­n Hentian Sebelah Pedas Linggi (Negeri Sembilan), gagal tiba secepat mungkin sehingga dua beradik penunggang dan pembonceng motosikal maut di tempat kejadian dan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Terdahulu ketika prosiding berjalan, Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Nur Azmina Jacqueline Abdullah memohon semua pesalah dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentinga­n awam.

Selepas mendengar rayuan, Nur Azizah memerintah­kan setiap pesalah membayar denda RM1,000 hingga RM2,000 dengan hukuman penjara sebulan hingga dua bulan jika mereka gagal membayar denda dan semua pesalah membayar denda itu.

Untuk rekod, ini pertuduhan dan hukuman pertama ke atas pesalah trafik yang melakukan kesalahan menggunaka­n lorong kecemasan di negara ini.

Bagaimanap­un, agak menggelika­n hati apabila mendengar alasan pesalah ketika merayu hukuman denda diringanka­n.

Ada yang memberi alasan sekadar mengikut pemandu lain menggunaka­n lorong kecemasan, kereta rosak, mempunyai masalah kesihatan seperti baru menjalani pembedahan lutut, tidak tahan membuang air kecil dan sebagainya.

Malah, ada dalam kalangan mereka cuba mengeliruk­an Majistret dengan mendakwa membuka lorong baharu kerana berlaku kesesakan selain memberi laluan kepada ambulans untuk melepasi kesesakan jalan.

 ??  ?? ANTARA pesalah menggunaka­n lorong kecemasan yang didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah.
ANTARA pesalah menggunaka­n lorong kecemasan yang didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia