Harian Metro

Orang tengah main harga

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

„ Pemborong ambil kesempatan naikkan harga kerana bekalan ayam kurang

Kenaikan harga ayam bukan disebabkan penjual dan penternak semata-mata, sebaliknya sikap segelintir orang tengah atau pemborong yang mengambil kesempatan mengenakan harga melampau ketika masalah bekalan ternakan itu berkuranga­n.

Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor, Datuk Ishak Mat Arif berkata, penternak tidak mengawal harga, sebaliknya mereka terikat dengan perjanjian yang dibuat dengan orang tengah atau pemborong.

“Orang tengah atau pemborong adalah kumpulan yang membeli ayam terus daripada penternak sama ada melalui perjanjian lisan ataupun bertulis pada harga tetap sebelum menjual semula bekalan berkenaan kepada peraih atau syarikat memproses ayam.

“Melihat kepada permintaan ayam luar biasa menjelang musim perayaan, ada segelintir daripada mereka mengenakan harga yang tinggi hingga tidak masuk akal yang akhirnya membebanka­n pembeli,” katanya.

Ishak berkata, pada masa ini, harga ayam hidup dari ladang yang dijual penternak kepada pemborong atau orang tengah RM4.50 sekilogram.

Bagaimanap­un, tinjauan Harian Metro di beberapa pasar awam sekitar Kuala Lumpur mendapati harga ayam yang dikenakan penjual RM8.50 sekilogram manakala pasar awam di Selangor RM8.80 sekilogram.

Ditanya mengenai masalah harga ayam yang melampau, Ishak berkata, selain kawalan harga daripada orang tengah, masalah itu juga berpunca daripada serangan penyakit yang menyebabka­n ternakan mati dan berkuranga­n.

“Bekalan ayam memang berkuranga­n pada masa ini kerana serangan penyakit yang menyebabka­n ternakan mati sama ada pada peringkat anak ayam atau ayam dewasa.

“Jabatan Veterinar giat mencari penyelesai­an bagi memastikan serangan berkenaan tidak berterusan, sekali gus memulihkan pasaran ayam tempatan,” katanya.

Katanya, isu kenaikan harga ayam bukan sesuatu yang baru dan biasanya masalah itu bersifat sementara, malah ada kalanya berlaku ketika ternakan berkenaan diserang penyakit atau musim perayaan.

“Ayam adalah sumber protein pilihan ramai dan sebenarnya harganya jauh lebih murah berbanding harga ikan atau makanan laut lain, namun kali ini serangan penyakit berlaku serentak pada musim perayaan Aidilfitri yang menjadikan bekalan sangat berkuranga­n,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga ayam, Rusman Pon, 56, berkata, harga ayam hidup yang dibeli daripada pemborong mencecah sehingga RM6.30 sekilogram berbanding di bawah harga RM5 sekilogram pada Ramadan lalu.

“Harga naik mendadak selepas kerajaan tidak lagi mengenakan kawalan pada bekalan berkenaan. Justeru, kami juga terpaksa menaikkan harga ayam yang diproses selepas mengambil kira beberapa kos lain yang perlu ditanggung,” katanya. Kenaikan harga rokok putih memberi peluang kepada petani yang tinggal di pinggir Sungai Semerak, di sini untuk menambah pendapatan dengan menjual rokok daun daripada daun nipah.

Masih ramai yang gemar mengisap rokok daun menyebabka­n ia sentiasa mendapat permintaan.

Pembuatnya, Adam Dollah, 66, berkata, beliau memperoleh pendapatan tambahan sekitar RM20 hingga RM30 setiap hari dengan menjual rokok daun.

“Saya luangkan masa antara dua hingga tiga jam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia