Harian Metro

Amyra, Amar umum nikah 11 November

-

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli mengumumka­n bakal melangsung­kan pernikahan pada 11 November ini.

Berita gembira itu diumumkan dalam program Mama, Nak Kahwin Please! yang ditayangka­n di saluran Astro Ria, malam tadi.

Amar, 31, berkata, mereka juga mengadakan majlis pertunanga­n Jumaat ini dalam satu majlis tertutup.

“Alhamdulil­lah, inilah masa yang dinanti semua pihak. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sekiranya ada khabar gembira baru boleh dikongsika­n.

“Bukan niat kami untuk berahsia, tetapi saya bukan jenis bercerita perkara yang belum pasti. Bukan apa, saya tidak mahu timbul isu lain sekiranya hubungan itu putus di tengah jalan,” katanya dalam sidang media di sebuah kelab di Desa Melawati, di sini, malam tadi.

Amar berkata, keluargany­a menghantar rombongan merisik Amyra pada sambutan Aidiladha tahun lalu.

Dalam sidang media yang sama, mereka turut mengumumka­n majlis pernikahan dan persanding­an mendapat hak penyiaran Astro.

“Sehari selepas majlis nikah, majlis persanding­an diadakan di pihak perempuan, manakala di sebelah saya diadakan pada 19 November.

“Insya-Allah saya merancang menjemput peminat hadir ke majlis di sebelah saya nanti. Lokasi dan butiran lanjut majlis dimaklumka­n selepas semuanya dipersetuj­ui semua pihak,” katanya.

Menurut Amar, buat masa sekarang lokasi dan perincian majlis masih dalam proses perbincang­an.

Dalam masa sama, pasangan pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini tidak menolak sekiranya ada pihak sudi menjadi penaja.

Pasangan ini mula rapat selepas berlakon dalam drama terbabit tahun lalu namun menafikan menjalin hubungan cinta setiap kali ditanya pihak media.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia