Harian Metro

Isey akui berdepan kemelut rumah tangga

-

Kuala Lumpur: Pelakon, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Isey Fazlisham mengakui berlaku pergolakan dalam rumah tangganya sejak tiga bulan lalu.

Isey, 29, berkata, dia kini dalam proses perbincang­an dengan keluarga berhubung masalah dengan isterinya, Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 24.

“Saya tidak menafikan rumah tangga kini berdepan masalah. Buat masa sekarang kedua-dua keluarga dalam proses perbincang­an untuk menyelesai­kannya. Jadi belum ada sebarang keputusan diambil sama ada terus bersama atau berpisah.

“Dalam perkara ini saya tidak mahu menyalahka­n mana-mana pihak. Apapun, saya sentiasa mengharapk­an yang terbaik dalam hubungan ini,” katanya.

Isey yang juga anggota kumpulan Titan memaklumka­n dia dan isterinya juga tidak meraikan Aidilfitri bersama, baru-baru ini.

“Dalam keadaan sekarang lebih jika tidak berjumpa bagi mengelakka­n ketegangan. Saya tidak mahu mengambil keputusan melulu. Tunggu hasil perbincang­an keluarga nanti,” katanya.

Isey yang juga pengacara program Mentor Milenia turut menafikan kehadiran orang ketiga sebagai punca masalah berkenaan.

Ketika ini, isteri Isey berada di Kelantan kerana mengendali­kan perniagaan.

“Saya bukan mahu membuka pekung di dada, sebaliknya saya tidak mahu peminat atau sesiapa tertanya-tanya. Kalau bukan sekarang, esok lusa pasti perkara ini diketahui.

 ??  ?? ISEY dan isteri ketika majlis perkahwina­n mereka, Mac tahun lalu.
ISEY dan isteri ketika majlis perkahwina­n mereka, Mac tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia