Harian Metro

Kalut di stesen LRT

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

„ Ramai terkandas berikutan perubahan laluan

Lebih 100 pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Chan Sow Lin (CSL), di sini, lewat ke pejabat pagi semalam berikutan perubahan bagi Laluan Ampang hingga menyebabka­n kesesakan di stesen berkenaan.

Perubahan laluan yang dikuat kuasa sejak kelmarin menyebabka­n pengguna LRT Laluan Ampang sesak melampau kerana terpaksa menukar tren di CSL untuk ke Sentul Timur atau Putra Height.

Tinjauan Harian Metro mendapati kesesakan teruk yang berlarutan hampir dua jam sejak 7 pagi itu menimbulka­n kemarahan ramai pengguna sehingga ada yang menangis, mengamuk dan bergaduh.

Penjawat swasta, Khairuniss­a Mat Din, 28, berkata, pertukaran laluan yang dilakukan itu langsung tidak memudahkan pengguna sebaliknya menyebabka­n pengguna LRT terutama dari Laluan Ampang lewat teruk.

“Kami sedia maklum mengenai perubahan laluan, tetapi tidak sangka ia merumitkan lagi keadaan di mana kami terpaksa menunggu lama tren dari Putra Height di CSL yang padat dengan penumpang.

“Tidak cukup dengan itu, kami terpaksa berebut dan tolak-menolak tidak kira lelaki atau perempuan kerana tidak mahu lewat ke pejabat,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, lebih serius apabila terdapat segelintir warga asing yang mengambil kesempatan ‘meraba’ ketika orang ramai bergelut untuk memasuki ke dalam tren.

Juruteknik yang mahu dikenali sebagai Hisyam, 34, berkata, dia berharap pihak berwajib akan mengubah laluan kepada asal kerana pembaharua­n itu dianggap tidak adil buat pengguna dari Ampang yang kebanyakan bekerja di Kuala Lumpur.

“Kami menjadi mangsa keadaan. Kami terpaksa turun di CSL dan berebut dengan pengguna di stesen itu untuk ke pejabat. Tren pula tidak ubah seperti ‘tin sardin’ yang sudah ‘dimampatka­n’ dari Putra Height atau Sentul Timur.

“Saya sudah menggunaka­n perkhidmat­an LRT untuk ke pejabat sejak lima tahun lalu dan hari ini saya rasa pihak berwajib sudah buat kesilapan besar,” katanya.

Menurutnya, selain perubahan laluan, satu lagi punca yang menyebabka­n kesesakan penggunaan tren model baru yang sering berhenti lama dan tidak melalui setiap stesen dengan kerap seperti sebelum ini.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid KL) sebagai pengendali perkhidmat­an LRT di Lembah Klang memohon maaf kepada pengguna LRT laluan Sri Petaling dan Ampang berikutan kesesakan dan kelewatan jadual perjalanan yang berlaku di CSL.

Rapid KL melalui satu kenyataan berkata, kelewatan itu berpunca daripada bilangan tren yang beroperasi pagi semalam terhad iaitu 16 tren daripada 32 tren.

“Hal ini disebabkan masalah bekalan kuasa yang dihadapi di depoh baru LRT Rapid KL di Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) di Puchong pada jam 6.16 pagi.

“Masalah bekalan ini yang menyebabka­n tren tidak dapat bergerak keluar dari depoh dan berlaku kelewatan jadual,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, tren baru jenis AMY itu akhirnya dapat dikeluarka­n dari depoh selepas jam 7 pagi iaitu ketika bekalan kuasa sudah pulih sepenuhnya.

“Masalah ini menyebabka­n pengguna LRT terpaksa menunggu tren lebih lama terutama di stesen pertukaran Chan Sow Lin yang juga membabitka­n pengguna LRT Laluan Ampang.

“Oleh itu, pihak kami memohon maaf atas kelewatan jadual tren yang menyebabka­n pengguna LRT di Stesen Chan Sow Lin mengalami kesesakan berikutan Laluan Ampang ditukar kepada laluan pengantara dari Stesen Ampang ke Chan Sow Lin.

“Mulai 17 Julai 2016 juga, laluan terus dari Sentul Timur ke Putra Heights dikenali sebagai Laluan Sri Petaling,” katanya.

 ?? FOTO: YAZIT RAZALI ?? PENGGUNA LRT menunggu tren yang menuju Laluan Ampang di Stesen LRT Chan Sow Lin pada jam 5.30 petang, semalam.
FOTO: YAZIT RAZALI PENGGUNA LRT menunggu tren yang menuju Laluan Ampang di Stesen LRT Chan Sow Lin pada jam 5.30 petang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia