Harian Metro

Tak kompromi pegawai culas disiplin, langgar peraturan

-

Tiada kompromi ke atas mana-mana pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak berdisipli­n dan melanggar undang-undang.

Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, tindakan tegas menanti golongan berkenaan kerana pihaknya komited memastikan semua kakitangan PDRM memiliki integriti tinggi.

“Dalam aspek disiplin, kita sentiasa tegas sebab itu kita memiliki Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk memastikan pegawai dan anggota mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Memang kita tidak nafikan perkara sebegini ada berlaku (pegawai dan anggota langgar undang-undang) kerana ia berpunca dari kelemahan manusia dan bukan sistem dalam pasukan.

“Mereka yang melanggar peraturan, kita akan ambil tindakan undang-undang dan disiplin dengan tegas,” katanya selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Dalam majlis berkenaan, Mantan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim yang kini ditugaskan sebagai Ketua Pengarah di Bahagian Perlindung­an Jabatan Perdana Menteri menyerahka­n tugasnya kepada Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkuat kuasa semalam.

Sebelum ini, Dr Ab Rahman bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

Dalam perkembang­an lain, Zulkifli menyeru orang awam membantu menyalurka­n maklumat kepada polis sekiranya menyedari perkara mencurigak­an demi memastikan keselamata­n di negara ini terjamin.

 ??  ?? MAZLAN (tiga dari kanan) memeriksa perbarisan, semalam.
MAZLAN (tiga dari kanan) memeriksa perbarisan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia