Harian Metro

Kompleks beli-belah digempur jam 12 tengah malam

-

Kuala Lumpur: Polis bertindak menggempur sebuah kompleks beli-belah yang dikesan menjadi sarang kegiatan pelacuran dan perjudian utama di Bukit Bintang di sini.

Malah bangunan yang turut menempatka­n pangsapuri 20 tingkat di bangunan sama menjadi ‘lubuk’ kediaman pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di sekitar kawasan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, hasil operasi bermula jam 12 tengah malam semalam, pihaknya berjaya memberkas 154 pendatang tanpa izin yang menghuni di bangunan itu.

Menurutnya, operasi bersepadu itu diselarask­an Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam bagi menangkap PATI di kawasan itu.

“Menerusi operasi berkenaan seramai 435 individu diperiksa dan kami menahan 154 PATI membabitka­n 22 warga Indonesia, (7) Filipina, (35) Vietnam, (60) Bangladesh, (19) Nepal, (6) Pakistan dan (1) India.

“Daripada jumlah itu, seramai 122 lelaki dan 32 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasukla­h tiada dokumen sah memasuki Malaysia, visa tamat tempoh, menyalahgu­nakan pas lawatan, dokumen palsu dan sebagainya,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Menurutnya,

pendatang haram tanpa izin berusia 20 hingga 40 tahun terbabit ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, Akta Pemerdagan­gan Orang 2012.

Amar berkata, operasi berkenaan dijalankan berdasarka­n aduan awam diterima pihaknya berhubung pembabitan PATI dalam kegiatan tidak bermoral di kawasan tumpuan pelancong itu.

“Pihak polis akan terus mengesan serta menangkap PATI yang mendiami bangunan itu.

“Ini komitmen berterusan membabitka­n pelbagai agensi penguatkua­saan lain bagi membendung kegiatan PATI dan akan dipergiatk­an ke lokasi lain,” katanya.

Bangunan 20 tingkat diserbu itu membabitka­n premis kedai, pusat hiburan, kelab, hotel dan unit rumah disyaki menjadi ‘sarang’ bagi menempatka­n PATI di ibu negara, selain aktif dengan kegiatan pelacuran dan perjudian.

 ??  ?? ANTARA pendatang asing di sebuah kompleks beli-belah yang ditahan dalam serbuan di Bukit Bintang, semalam.
ANTARA pendatang asing di sebuah kompleks beli-belah yang ditahan dalam serbuan di Bukit Bintang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia