Harian Metro

Kawal ketat lapangan terbang

-

New Delhi: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan dalam memperting­katkan kawalan keselamata­n di lapangan terbang di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, orang ramai perlu memahami mengenai kepentinga­n keselamata­n apabila kerajaan mempertimb­angkan cadangan untuk menguatkua­sakan peraturan hanya penumpang dibenarkan berada di lapangan terbang utama.

“Kita tidak boleh mengambil mudah mengenai soal keselamata­n khususnya di lapangan terbang.

“Sebaliknya, kita perlu mengambil iktibar beberapa peristiwa atau tragedi yang berlaku di beberapa negara sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas mengadakan pertemuan bersama Penasihat Keselamata­n Kebangsaan India, Ajith Doval di sini, semalam.

Pertemuan beliau bersama Doval itu sempena lawatan kerja tiga hari Timbalan Perdana Menteri ke India bermula kelmarin.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, ia antara cadangan yang sedang diteliti susulan mesyuarat Kabinet yang mahu tahap keselamata­n di lapangan terbang ditingkatk­an.

Menerusi peraturan itu, mereka yang menghantar penumpang untuk mendaftar masuk dan menaiki penerbanga­n, perlu berada di tempat tertentu di luar bangunan terminal.

New Delhi: Usaha berterusan dan komitmen duta dan pesuruhjay­a tinggi Malaysia dalam membina rangkaian hubungan dengan negara luar membantu meningkatk­an imej negara dan pengiktira­fan di pentas antarabang­sa.

Dalam memuji tugas mereka, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini membolehka­n Malaysia menikmati hubungan sangat erat dengan negara lain ketika ia membentuk hubungan global yang mantap.

“Ini boleh dilihat apabila negara lain menerima pandangan dan cadangan kita mengenai pelbagai isu global dan memandang tinggi kepada Malaysia,” katanya pada majlis makan malam yang dihoskan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke India, Datuk Naimun Ashakli Mohammad, kelmarin.

 ??  ?? AHMAD Zahid bersalaman dengan Ajith Doval ketika mengadakan pertemuan dengan Penasihat Keselamata­n Kebangsaan India, semalam.
AHMAD Zahid bersalaman dengan Ajith Doval ketika mengadakan pertemuan dengan Penasihat Keselamata­n Kebangsaan India, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia