Harian Metro

Paras air Empangan Muda meningkat

-

Kuala Lumpur: Berlaku peningkata­n isi padu air di Empangan Muda, Kedah apabila empangan itu tidak lagi berada pada tahap kritikal sejak beberapa hari lalu.

Menurut laman web rasmi Info Kemarau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sehingga jam 5 petang semalam, empangan itu kini berada pada baki stok 30.90 peratus berbanding 28.80 peratus pada minggu lalu.

Peningkata­n paras air di Empangan Muda itu dipengaruh­i hujan berserta ribut petir di negeri berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Menurut Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a), ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan dan Kuala Muda), Pulau Pinang, Perak (Daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang), Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), Wilayah Persekutua­n (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor (Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian) dan Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) berterusan sehingga lewat petang semalam.

Amaran ribut petir oleh JMM itu dikeluarka­n sejak tiga hari lalu yang mana berlaku ribut petir di beberapa kawasan semenanjun­g terutama di utara dan barat.

Sementara itu, Empangan Labong, Johor dan Empangan Bukit Kwong, Kelantan masih berada pada tahap kritikal iaitu masing-masing mencatatka­n bacaan stok 10.35 peratus dan 10.84 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia