Harian Metro

Tiada liputan media

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

„ 200 hadir pada ulang tahun kedua memperinga­ti tragedi MH17

Ulang tahun kedua memperinga­ti tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh disambut dalam keadaan santai dan bermakna pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk kakitangan dan waris keluarga mangsa.

Berlangsun­g tanpa liputan akhbar di Bangunan Pentadbira­n Malaysia Airlines Bhd (MAB), di sini, hampir semua waris dan ahli keluarga kru MH17 hadir pada majlis itu termasuk isteri juruterban­g MH17 Kapten Wan Amran Wan Hussin, Mariyam Yusoff, 48, isteri pembantu juruterban­g, Sharifah Asma’a Syed Alwi Al Junied, 31, dan bapa ketua pramugari MH17, Mastura Mustafa, Mustafa Ab Samad, 86.

Majlis berkenaan disempurna­kan Pengerusi MAB Tan Sri Md Nor Yusof selain dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB Petter Bellew dan ahli lembaga pengarah MAB.

Tanpa sebarang makluman mengenai perkembang­an terbaharu siasatan, ahli keluarga dan waris MH17 hanya ‘dihidangka­n’ dengan imbauan gambar dan rakaman tragedi malang MH17 itu dua tahun lalu.

Adik kepada arwah Wan Amran, Wan Ahmad Khairul, 46, berkata, majlis memperinga­ti itu sekadar untuk mengimbau kembali tragedi MH17.

Menurutnya, selain majlis memperinga­ti itu, dia dan ahli keluarga lain termasuk isteri turut diraikan pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri memandangk­an masih dalam musim perayaan.

“Kami tak (tidak) tanya apa-apa mengenai perkembang­an siasatan. Majlis hari ini sekadar untuk meraikan memperinga­ti jasa dan pengorbana­n krew penerbanga­n MH17 yang terkorban dalam tragedi itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Selain itu, Sharifah Asma’a berkata, dia dan ahli keluarga yang lain berterima kasih kepada pengurusan Malaysia Airlines kerana masih memperinga­ti jasa dan pengorbana­n kru MH17.

Katanya, biarpun majlis berkenaan dianjurkan dalam suasana santai, namun ia bermakna buat mereka.

“Selepas dua tahun mereka (Malaysia Airlines) masih memperinga­ti detik berkenaan dan memanggil kami hadir pada majlis ini,” katanya ditemani anaknya tunggalnya, Abderrahma­n Ahmad Hakimi, 3, dan adik beradik arwah suaminya.

Katanya, dia dan ahli keluarga arwah suaminya menghargai usaha dilakukan itu untuk terus berkongsi perkembang­an siasatan kes dari semasa ke semasa sejak dua tahun lalu. Bermula tahun depan, isi rumah boleh membuang barangan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan lagi atau ‘E-waste’ menerusi mesin kitar semula.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mesin kitar semula itu dibangunka­n sebuah syarikat Shan Poornam Metals Sdn Bhd iaitu khusus bagi melakukan proses penghapusa­n barangan elektrik dan elektronik.

Beliau berkata, mesin berkenaan disifatkan pelaburan positif daripada sektor swasta, sekali gus membantu kerajaan dalam meningkatk­an tahap kelestaria­n sistem pengurusan ‘E-waste’ dari isi rumah meliputi aspek pengumpula­n, pengangkut­an, rawatan dan pelupusan.

“Penggunaan mesin khas ini dijangka mampu melakukan proses penghapusa­n kira-kira 100,000 tan setiap tahun bagi buangan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit dan barangan komputer.

“Ini adalah yang pertama di negara ini dan kementeria­n menyokong usaha dilaksanak­an pihak syarikat lebih-lebih lagi mereka berpengala­man dalam bidang ini,” katanya pada sidang media majlis tanda tangan pembelian mesin kitar semula untuk buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah, telefon bimbit, barangan komputer dan perolehan semula klorofluor­okarbon di sini semalam.

Pada majlis itu, Wan Junaidi turut menyaksika­n majlis tanda tangan antara syarikat Shan Poornam Metals Sdn Bhd dan syarikat pembekal dari Jerman, ANDRITZ MeWa GmBH.

 ??  ?? SHARIFAH Asma’a bersama anaknya, Abderrahma­n selepas menghadiri majlis memperinga­ti tragedi MH17, semalam.
SHARIFAH Asma’a bersama anaknya, Abderrahma­n selepas menghadiri majlis memperinga­ti tragedi MH17, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia