Harian Metro

Serpihan dibawa ke Canberra

-

Putrajaya: Satu serpihan besar pesawat yang ditemukan di Tanzania dibawa ke Canberra untuk pemeriksaa­n bagi menentukan sama ada ia daripada pesawat Malaysia Airlines Penerbanga­n MH370 yang hilang.

Perkara itu disahkan Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia dan Biro Keselamata­n Pengangkut­an Australia (ATSB) dalam kenyataan media bersama yang dikeluarka­n semalam.

Menurut kenyataan berkenaan, serpihan itu, kemungkina­n kepingan sayap, ditemukan penduduk setempat di Pulau Pemba, di perairan Tanzania, pada 23 Jun.

“Malaysia dan Australia telah bekerjasam­a dengan pegawai Tanzania untuk mengambil alih tanggungja­wab ke atas kepingan sayap itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pakar teknikal daripada ATSB sedang bekerjasam­a dengan penyiasat Malaysia untuk menentukan jika ia daripada pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines, MH370.

Setakat ini, ATSB telah memeriksa empat keping serpihan bagi pihak Malaysia dan telah mengesahka­n ia hampir pasti daripada MH370.

“Ini adalah tambahan kepada flaperon yang ditemukan di Pulau La Reunion pada 29 Julai tahun lepas dan dikenal pasti secara positif oleh pegawai Perancis sebagai berasal daripada penerbanga­n MH370,” katanya.

Menurut kenyataan itu, menteri daripada Malaysia, Australia dan China akan bermesyuar­at pada 21 dan 22 Julai untuk membincang­kan pelbagai perkara berkaitan misi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu.

Penerbanga­n MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal, dilaporkan hilang sejurus berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, 2014. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia