Harian Metro

Bela tak perlu lesen

- Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

„ Tekukur, merbuk tak termasuk dalam kategori haiwan dilindungi

Semalam Wajah Kehidupan memaparkan aktiviti memikat burung tekukur bukan sekadar hobi semata-mata tetapi juga dapat mengeratka­n silaturahi­m sesama golongan pemikatnya.

Bahkan, ada antara pemikat berjaya menjadi usahawan hasil penjualan burung yang ditangkap.

Bahagian akhir Wajah Kehidupan hari ini akan berkongsi mengenai kegiatan memikat burung tekukur bukan menjadi kesalahan kerana unggas ini tidak termasuk sebagai unggas yang tertakluk di bawah akta hidupan liar.

Kegiatan memikat dan memelihara burung tekukur atau merbuk tidak termasuk dalam kategori spesies yang dilindungi mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan Wan Mat Wan Harun berkata, oleh itu ianya tidak memerlukan lesen daripada jabatan berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai boleh menjalanka­n kegiatan memikat dan memelihara burung tekukur kerana ia tidak tertakluk kepada undang-undang.

Katanya, terdapat beberapa spesis burung yang tertakluk dalam Akta 716 yang mana ia memerlukan lesen daripada PERHILITAN antaranya burung murai batu dan punai tanah.

“Bagaimanap­un, burung tekukur bukan spesies dilindungi mengikut akta itu dan orang ramai boleh melakukan aktiviti memikat serta memelihara burung berkenaan.

“Ketika ini ramai kalangan masyarakat pelbagai kaum menjadikan burung tekukur sebagai unggas ternakan di rumah, malah ada kalangan mereka yang membela sehingga ratusan ekor.

“Bagaimanap­un, mereka yang ingin memelihara­nya perlu menyediaka­n keperluan tertentu seperti sangkar yang sesuai selain menjaga dari segi aspek kebersihan bagi mengelak mengganggu jiran,” katanya.

Wan Mat berkata, pihaknya mengakui burung tekukur ketika ini menarik perhatian ramai individu menyebabka­n ia bernilai tinggi hingga boleh dijual mencecah ribuan ringgit kerana pembelinya bukan saja kalangan warga tempatan malah dari luar negara.

Menurutnya, aksesori berkaitan pemelihara­an burung berkenaan seperti sangkar dan cetok yang digunakan bagi aktiviti memikat juga bernilai tinggi di pasaran hingga ada kalangan peminat menjadikan­nya sebagai sumber pendapatan tetap dan sampingan.

“Keunikan burung tekukur ini terletak pada bunyinya dan tidak hairanlah peminat sanggup membeli dengan harga tinggi terutama burung yang dijadikan sebagai denak atau pemikat.

“Malah, terdapat kumpulan tertentu yang mengadakan pertanding­an bunyi burung tekukur dengan menawarkan hadiah lumayan dan ini memberi galakan kepada mereka terutama peminat memburu burung berkenaan untuk dijadikan bahan pertanding­an,” katanya.

 ??  ?? BURUNG tekukur kini menjadi buruan ramai peminat kerana nilai yang tinggi di pasaran.
BURUNG tekukur kini menjadi buruan ramai peminat kerana nilai yang tinggi di pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia