Harian Metro

Misi suci ‘kapcai’

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

“Kami memilih kapcai untuk ke Tanah Suci Makkah kerana ia adalah kenderaan yang biasa digunakan oleh masyarakat negara ini di mana-mana saja sama ada di kampung atau bandar oleh golongan tua dan muda,” kata pelumba motosikal negara Wazi Abdul Hamid.

Beliau bersama empat lagi rakan penunggang lain yang akan mengembara ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji tahun ini berkata, matlamat konvoi ‘Ride to Hajj’ antaranya ialah supaya ia menjadi inspirasi kepada pemilik motosikal berkuasa rendah itu bahawa kenderaan itu mampu menjadi medium untuk mereka mencapai visi dan misi paling bermakna dalam hidup masing-masing.

Kerana itu, katanya, perancanga­nnya nanti apabila misi itu berjaya ialah untuk berkongsi pengalaman dengan penunggang muda termasuk mat rempit dalam program ‘Streets Dakwah’ atau Dakwah Jalanan.

“Kalau ditanya nikmat bermusafir menuju Makkah dengan motosikal kapcai ini memang tidak akan dapat digambarka­n kecuali jika kita sendiri melakukann­ya.

“Itulah hasrat kami kerana bagi saya ia seolah-olah pengembara­an menuju ‘kematian’ dengan reda Allah. Kami kini sangat fokus kerana ‘ride’ ini tidak sama dengan ‘ride’ lain yang kami lakukan sebelum ini,” kata bekas juara kategori Expert Kejuaraan Cub Prix 1996 itu kepada Harian Metro di sini, semalam.

Empat penunggang berpengala­man lain ialah Meor Azhar Meor Raflan, 43, Azman Baharuddin, 53, Othman Darus, 46, dan Mat Napiah Mohd Noor, 50, akan memulakan pengembara­an ‘Ride to Hajj’ pada 29 Julai ini selama 35 hari dengan pelepasan disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Majlis pelepasan itu akan diadakan di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas di Pulau Pinang dan perkembang­an perjalanan pengembara­an itu boleh diikuti di laman sosial Facebook Wazi atau ‘Ride to Hajj’.

Konvoi lima kapcai Modenas GT128 Harimau Malaya terbabit bakal merentasi lapan negara iaitu Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu sebelum memasuki Arab Saudi sejauh lebih 11,000 kilometer.

Sementara itu, Azman berasa bertuah apabila terpilih menyertai ekspedisi kali ini yang berbeza dengan pengembara­an sebelum ini.

Beliau yang sudah tiga kali ke Makkah dengan motosikal berkuasa tinggi melalui program ekspedisi kendaliann­ya iaitu Kembara Bumi Suci (KBS) 2010, 2012 dan 2014 amat teruja kerana akan menunggang motosikal berbeza bagi misi terbabit.

“Tapi misi ini lebih bermakna kerana tujuannya untuk menunaikan haji yang dijangka menempuh cuaca ekstrim sejuk dan panas,” katanya.

Sementara Othman pula teruja untuk memulakan perjalanan yang paling jauh pernah disertainy­a itu.

Beliau yang bertugas di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) berkata, persediaan aspek fizikal dan mental amat penting bagi pengembara­an seperti itu.

“Apa yang saya selalu nasihatkan semua rakan-rakan saya ini supaya kita berhati-hati apabila menunggang dan insya-Allah berkat usaha semua Allah akan permudahka­n,” katanya.

Dalam pada itu Mat Napiah yang pernah bermotosik­al ke Makkah melalui KBS 2010 berkata, dia bersetuju menyertai ‘Ride to Hajj’ itu kerana ia berbeza dengan aktiviti bermotosik­al lain.

„ Lima penunggang tunai haji guna motosikal

 ?? Wazi Abdul Hamid ?? WAZI (tengah) bersama empat rakan akan menunggang motosikal Modenas dalam misi ibadah Haji. Ia seolah-olah pengembara­an menuju ‘kematian’ dengan reda Allah”
Wazi Abdul Hamid WAZI (tengah) bersama empat rakan akan menunggang motosikal Modenas dalam misi ibadah Haji. Ia seolah-olah pengembara­an menuju ‘kematian’ dengan reda Allah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia