Harian Metro

‘Kami rakan bukan beban’

-

Kuala Lumpur: Orang kurang upaya (OKU) bukan beban, tetapi rakan. Itu prinsip Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) terhadap golongan kurang bernasib baik itu selepas mewujudkan sayap persatuan POKB OKU dua bulan lalu.

POKB yang ditubuhkan pada 31 Mei 2011 melaksanak­an pelbagai kegiatan amal dan program modal insan membabitka­n anak yatim, golongan miskin, pelajar dan pesakit kanser.

Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, hasrat mewujudkan POKB OKU tercetus apabila mendapati golongan OKU semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Katanya, dia mengangkat POKB OKU sebagai persatuan pertama di Malaysia yang mempunyai jawatankua­sa terdiri daripada ahli OKU dan manusia normal yang digabungka­n untuk mencapai matlamat organisasi.

“Jika kita lihat persatuan kurang upaya hanya bercampur sesama mereka (OKU), kita perlu keluarkan mereka daripada kelompok itu untuk bercampur dengan masyarakat.

“Itulah pendekatan yang kami sampaikan dalam program yang dianjurkan membabitka­n kumpulan masyarakat dan OKU supaya mereka lebih berkeyakin­an apabila diberi peluang.

“Mereka (OKU) wajar diberi tempat dalam komuniti kerana mempunyai kelebihan tersembuny­i yang orang ramai tidak tahu,” katanya.

Menurutnya, meskipun baru dua bulan ditubuhkan, POKB OKU mempunyai 80 ahli terdiri daripada OKU dan kebanyakan­nya dijadikan sebagai anak angkat POKB yang mempunyai kerjaya sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia