Harian Metro

Tajam lidah hiris sanubari

„ POKB tubuh sayap OKU bela nasib golongan istimewa sering dipandang hina

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Hanya kerana fizikal mereka yang berbeza dengan manusia sempurna, orang kurang upaya (OKU) sering dianggap menyusahka­n dan sukar menguruska­n diri.

Lebih memburukka­n keadaan, golongan ini sering dikaitkan dengan ‘hukum karma’ perbuatan buruk ibu bapa mereka ketika berada dalam kandungan.

Persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap kumpulan kurang upaya ini semakin menebal apabila melihat majoriti pengemis di kaki lima, pasar malam, dan tepi jalan adalah golongan OKU.

Namun jauh dari sudut hati, insan istimewa ini seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahka­n orang lain sebaliknya cukup sekadar diterima masyarakat dan diberi peluang untuk bercampur dengan persekitar­an komuniti.

Perkara itu diakui individu cacat penglihata­n, Mohd Hafiz Halim, 40, yang pernah berdepan kesukaran diterima masyarakat sekeliling kerana dianggap menyusahka­n selepas buta akibat glukoma ketika berusia 11 tahun.

Katanya, lebih perit apabila terdapat segelintir masyarakat yang berfikiran ibu bapa yang menghendap, mengintai dan memukul haiwan ketika mengandung­kan anak akan melahirkan seorang yang buta dan cacat.

“Menjalani kehidupan sebagai seorang yang kurang upaya sangat mencabar kerana memerlukan kekuatan emosi yang tinggi kerana persepsi masyarakat itu membuatkan kami (OKU) rasa terlalu jauh di bawah.

“Meskipun mempunyai taraf pendidikan tinggi, apabila memohon pekerjaan, golongan OKU ini pasti menjadi pilihan terakhir atau terus disenaraih­itamkan,” katanya ketika ditemu bual.

Katanya, pandangan luar biasa masyarakat terhadap golongan OKU membuat kumpulan ini terpinggir sehingga menimbulka­n rasa malu, kurang yakin dan rendah diri untuk bertemu komuniti luar.

“Bukan itu saja, ada juga ibu bapa yang tidak boleh menerima manusia tidak normal dalam ahli keluarga mereka sehingga diserahkan kepada orang lain atau rumah kebajikan untuk dijaga.

“Orang ramai sepatutnya memberi peluang dan belajar menerima insan istimewa ini dalam persekitar­an mereka, sekali gus menghapusk­an tanggapan negatif terhadap OKU yang seakan-akan sebati dari generasi ke generasi,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang aktif mengadakan program kesedaran kepada OKU dan orang awam, persepsi negatif itu akan terhakis sedikit demi sedikit.

“Apabila golongan OKU ini yakin pada diri sendiri, mereka tidak lagi malu untuk bercampur dengan masyarakat malah berusaha untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang boleh berbakti pada rakyat dan negara.

“Masyarakat yang menerima OKU untuk berada dalam kelompok setaraf pula akan mendapat manfaatnya bergantung pada kelebihan seseorang OKU itu,” katanya yang kini Pegawai

Khas Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mohd Hafiz berkata, ramai golongan OKU kini yang sudah

berjaya mencapai karier profesiona­l seperti ahli perniagaan dan pengurus syarikat.

Katanya, kejayaan itu terhasil

selepas masyarakat sekeliling termasuk keluarga memberi sokongan dan peluang kepada mereka yang dianggap istimewa ini.

Menjalani kehidupan sebagai seorang yang kurang upaya sangat mencabar kerana memerlukan kekuatan emosi yang tinggi kerana persepsi masyarakat itu membuatkan kami (OKU) rasa terlalu jauh di bawah” Mohd Hafiz Halim

 ??  ?? MOHD Hafiz (kanan) memberikan penerangan pada program Ceramah Projek Komuniti Inklusif Sri Serdang-UPM Memperkasa Belia dan Sayang OKU.
MOHD Hafiz (kanan) memberikan penerangan pada program Ceramah Projek Komuniti Inklusif Sri Serdang-UPM Memperkasa Belia dan Sayang OKU.
 ??  ?? MOHD Hafiz beramah mesra bersama sebahagian peserta ceramah.
MOHD Hafiz beramah mesra bersama sebahagian peserta ceramah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia