Harian Metro

Biar Dr Mahathir menguji kekuatan partinya sendiri

-

pihak agar kerajaan mewajibkan pengambila­n suntikan vaksin sebagai syarat kemasukan ke taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) bagi mengurangk­an risiko jangkitan penyakit.

Di samping itu kita berharap program dilipatgan­dakan supaya kita dapat terus meningkatk­an tahap kesedaran dalam masyarakat berhubung kepentinga­n pengambila­n vaksin.

Yakinlah dengan kemudahan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan demi kesihatan anak kita. Hakikatnya kita perlu melihat suntikan vaksin sebagai hak kepada kanak-kanak bagi mendapat kesihatan lebih baik dan ibu bapa perlu memahami keadaan ini.

Ura-ura penubuhan parti politik baru oleh bekas pemimpin UMNO khususnya oleh bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya bukanlah sesuatu yang memeranjat­kan, sebaliknya sudah kedengaran sejak berakhirny­a Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tiga tahun lalu.

Ketika itu, ia masih lagi sekadar khabar angin, terutama selepas buat kali keduanya, parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) masih gagal memperoleh kemenangan kerusi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat selepas kali pertama gagal memperoleh­nya pada PRU ke-12 tahun 2008.

Berikutan kedudukan semasa landskap politik negara ketika itu yang secara relatifnya dilihat agak goyah apabila BN terus gagal meraih majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, parti politik baru itu dikatakan akan berperanan sebagai pakatan ketiga selepas BN dan Pakatan Rakyat (PR) ketika itu dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.

Ketika itu, dikhabarka­n parti politik baru itu jika jadi ditubuhkan tidak akan bertanding di semua 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, sebaliknya hanya bertanding di sekitar 50 hingga 60 kerusi dengan keyakinan mampu memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah ditandingi.

Jika perancanga­n itu menjadi kenyataan, baki kerusi yang menjadi rebutan antara BN dan PR ketika itu, hanya tinggal sekitar 192 kerusi dan andai mana-mana parti gagal memperoleh kerusi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, pakatan ketiga itu akan bertindak sebagai broker kuasa.

Namun, itu cerita kira-kira tiga tahun lalu sejurus berakhirny­a PRU ke-13 yang ketika itu masih lagi dianggap sebagai khabar angin.

Bagaimanap­un, mutakhir ini, cerita penubuhan parti politik baru oleh bekas pemimpin UMNO diketuai Dr Mahathir semakin hampir menjadi kenyataan biarpun nama parti itu dan tarikh sebenar akan ditubuhkan masih belum diketahui.

Selain Dr Mahathir, antara bekas pemimpin UMNO hampir pasti menyertai parti baru itu, termasuk bekas Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kedua-duanya dipecat daripada parti serta bekas Naib Presiden yang mengumumka­n keluar parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanap­un, jika parti baru itu ditubuhkan, ia tidak lagi menjadi pakatan atau blok ketiga, sebaliknya dikatakan akan tetap menyertai blok Pakatan Harapan (PH) selepas PR secara rasminya sudah terkubur dan digantikan dengan PH yang setakat ini dianggotai PKR, DAP dan parti baru serpihan daripada PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

PAS selepas diceraikan daripada

PR, kini membentuk kerjasama politik atau tahaluf siasi baru dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) diketuai seorang lagi bekas pemimpin UMNO.

Seperti diperkatak­an penulis dalam ruangan ini minggu lalu bahawa setakat ini, belum ada bekas pemimpin UMNO yang berjaya membuat kebangkita­n semula apabila berada di luar pentas parti keramat dan terbesar orang Melayu itu, hatta bekas pemimpin pengasas parti itu sendiri, Allahyarha­m Datuk Onn Jaafar.

Bekas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menguji kekuatanny­a dengan parti sendiri, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) sebelum diubah kepada PKR selepas disingkirk­an, begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menguji kekuatan dengan parti sendiri, Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang kini dibubarkan.

Kini, biarkanlah giliran Dr Mahathir pula untuk menguji sia-sia kekuatan dan pengaruhny­a dengan parti politiknya sendiri yang jika jadi ditubuhkan menjadi parti serpihan UMNO yang kelima selepas Parti Kemerdekaa­n Malaya (IMP), Parti Negara, S46 dan PKR.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia