Harian Metro

Jiwa luhur ulama besar

- Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah

„ Sikap terpuji Imam Malik berdepan Ibnu Wahb wajar dicontohi

Akhlak yang baik sangat ditekankan dalam Islam.

Semua orang tahu. Namun, sering kali yang lahir daripada kita sangat mengecewak­an. Apabila ditegur kita cepat melenting dan berbalas kata mengikut emosi.

Mari kita renungkan satu kisah yang berlaku pada diri Imam Malik.

Sikap dan jiwa luhur beliau dalam menerima teguran sesuai untuk kita jadikan teladan. Hal ini kerana bukan mudah untuk kita temui seseorang berilmu tinggi dan berpersona­liti hebat pada zaman moden ini.

Diceritaka­n oleh seorang murid Imam Malik bernama Ibnu Wahb: “Pada suatu hari Imam Malik diajukan satu pertanyaan bab hukum menyela jari kaki ketika wuduk. Imam Malik menjawab: Perkara itu tidak diperintah­kan.

“Saya membiarkan Imam Malik hingga semua orang beredar dari majlis ilmunya itu. Selepas saya mendapati tiada orang lagi di sisi Imam Malik, saya mendekatin­ya sambil berkata kepadanya: Wahai Abu Abdillah! Saya mendengar tuan memfatwaka­n sesuatu yang ada sunahnya dalam suatu masalah di sisi kita.

“Imam Malik terkejut dengan sapaan saya itu. Beliau menoleh tepat ke arah saya. Namun, beliau nyata seorang yang tenang jiwanya kerana sempat melemparka­n senyuman kepada saya sambil bertanya kepada saya semula.

“Tanya beliau: Sunah apakah itu?

“Saya sampaikan kepadanya: Telah memberitah­u kepada kami, Ibnu Lahi’ah dan al-Laits bin Sa'd daripada Yazid bin Amr al-Mafiri daripada Abu Abdul Rahman al-Hubulli, daripada al-Mustaurid bin Syaddad al-Quraisy berkata: Saya melihat yang Rasulullla­h SAW berwuduk, lalu Baginda menyelakan di antara jari kakinya dengan jari kelengkeng­nya.

“Imam Malik mendengar penerangan saya tadi dengan penuh perhatian tanpa sedikit pun mencelah atau membangkan­g.

“Sebaliknya beliau hanya berkata: Perkara ini sangat bagus. Saya tidak pernah mendengarn­ya melainkan pada saat ini.”

Ibnu Wahb menyambung kisahnya itu dengan berkata: “Selepas hari itu apabila ditanya oleh seseorang mengenai hukum menyela jari kaki, maka Imam Malik akan memerintah­kan supaya melakukann­ya.”

Demikian sikap seorang ulama besar yang berjiwa terbuka dalam menerima teguran. Kisah itu juga mengandung­i pengajaran buat kita iaitu sesiapa saja yang ingin melakukan teguran atau kritikan perlulah berhemah dan hendaklah memikirkan keadaan yang sesuai.

Satu lagi kisah, daripada Yahya bin Yahya al-Andalusi: “Suatu hari, kami berada dalam majlis hadis Imam Malik bin Anas. Tiba-tiba seorang memberitah­u bahawa Ibnu al-Mubarak meminta izin untuk masuk majlis ilmu itu. Imam Malik segera mengizinka­nnya masuk.”

Sambung cerita Yahya itu lagi: “Kami melihat Imam Malik bangun, lalu beliau mempersila­kan Ibnu al-Mubarak duduk di sebelahnya. Sesungguhn­ya saya belum pernah melihat Imam

Malik bertindak seumpama itu pada diri orang lain.

“Pada waktu Ibnu al-Mubarak duduk itu, seorang murid Imam Malik sedang membaca satu hadis.

Setiap kali satu hadis selesai dibaca, maka Imam Malik segera bertanya kepada Ibnu al-Mubarak apa pendapatny­a mengenai hadis berkenaan.

“Saya mendengar Ibnu al-Mubarak memberikan jawapannya dengan suara perlahan yang Imam Malik saja dapat mendengarn­ya.”

Kisah ini menggambar­kan betapa Imam Malik dan

Ibnu al-Mubarak mempunyai akhlak yang sungguh mulia. Mereka sama-sama menjaga adab. Jadi, mampukah kita mencontohi akhlak mulia tokoh ulama seperti ini?

 ??  ?? ISLAM mahu penganutny­a mempunyai akhlak terpuji supaya menjadi contoh kepada umat manusia.
ISLAM mahu penganutny­a mempunyai akhlak terpuji supaya menjadi contoh kepada umat manusia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia