Harian Metro

Ibadat sunat sukarela lebih afdal daripada bernazar

-

Nazar dari sudut syarak bererti janji melakukan kebaikan secara khusus. Dalam istilah ahli fiqah bererti mewajibkan diri melakukan ibadat yang tidak diwajibkan oleh syarak secara mutlak ataupun ibadat yang bergantung kepada perkara lain.

Dalil disyariatk­an

Dalil pensyariat­an dan kewajipan melaksanak­annya ada dalam al-Quran dan sunah. Firman Allah bermaksud: “(Mereka dikurniaka­n kesenangan itu kerana) mereka menyempurn­akan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya) serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.” (Surah al-Insan, ayat 7)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Dan hendaklah mereka menyempurn­akan nazar-nazarnya.” (Surah al-Hajj, ayat 29)

Daripada Aisyah RA daripada Nabi SAW bersabda mafhumnya: “Sesiapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaati-Nya dan sesiapa bernazar untuk melakukan maksiat kepada-Nya, maka janganlah dia bermaksiat kepada-Nya.” (Riwayat al-Bukhari)

Baginda SAW juga bersabda mengenai orang yang tidak menunaikan nazar mereka, mafhumnya: “Sesungguhn­ya selepas kamu ada satu kaum yang melakukan pengkhiana­tan dan tidak amanah, menyaksika­n suatu kejadian tetapi tidak mahu memberikan kesaksian, melakukan nazar tetapi tidak menunaikan­nya dan jelas kelihatan pada mereka lemak badan (kerana gemuk).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksud ‘jelas kelihatan pada mereka lemak badan’ adalah disebabkan banyak makan dan sentiasa berehat serta meninggalk­an jihad. Digunakan juga sebagai sindiran terhadap perbuatan bermegah dengan perhiasan dunia.

Hukum nazar

Nazar adalah disyariatk­an dan ia termasuk ibadat. Oleh itu, ahli fiqah menyatakan ia tidak sah dilakukan oleh orang kafir.

Namun, adalah lebih afdal (utama) seseorang itu melakukan ibadat yang dilakukann­ya tanpa mewajibkan perkara berkenaan ke atas dirinya dengan menjadikan­nya sebagai nazar.

Sedekah yang menjadi ibadat kepada Allah secara sukarela adalah lebih afdal daripada sedekah yang diwajibkan dengan sebab nazar.

Dalilnya, hadis diriwayatk­an al-Bukhari dan Muslim - sabda Nabi SAW mafhumnya: “Sesungguhn­ya ia tidak akan menolak sesuatu pun tetapi ia hanya akan dilakukan oleh orang yang bakhil.”

Maksudnya, nazar yang tergantung pada sesuatu perkara tidak akan mengubah sedikit pun ketentuan qada Allah.

Ia hanyalah jalan untuk mewajibkan diri orang yang bakhil untuk melakukan infaq dan sedekah kerana dia tahu sekiranya ia tidak menjadi wajib ke atasnya disebabkan nazar, maka dia tidak mampu mengalahka­n dirinya yang bakhil untuk mengeluark­an sedekah berkenaan.

- Sumber: Kitab

Fiqah Mazhab Syafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia