Harian Metro

Sumpah setia puak ekstremis

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

„ Pembebasan berperingk­at 300 ahli Jemaah Islamiyah (JI) cetus kegusaran keselamata­n

Pihak berkuasa di negara ini berdepan dengan kesukaran untuk mengenal pasti anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang sudah menyusup masuk berikutan ‘sumpah taat setia’ (baiah) sesama ahli untuk melindungi jika diburu pihak berkuasa.

Sumpah baiah itu wajib untuk semua ahli dan antara kandungan janji taat setia yang perlu dikotakan adalah memberi perlindung­an kepada ahli yang berada dalam kesusahan atau diburu pihak berkuasa.

Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIP) Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, janji taat setia itu menjadi ‘wajib’ untuk setiap ahli baru bagi membantu anggota lain yang berada dalam kesusahan.

Menurutnya, pembebasan oleh kerajaan republik Indonesia secara berperingk­at membabitka­n 300 ahli Jemaah

Anggota yang dibebaskan ini akan cuba menyambung misi pimpinan utama mereka iaitu untuk merekrut ahli baru”

Dr Mizan Mohammad Aslam

Islamiyah (JI) mampu memberi satu ancaman baru kepada aspek keselamata­n di rantau Asia Tenggara.

“Kebanyakan pengikut ini adalah ahli JI yang setia kepada pemimpin utama mereka iaitu ulama kontrovers­i Indonesia, Abu Bakar Bashir dan wujud kemungkina­n besar mereka cuba menyusup masuk ke Malaysia.

“Kita semua tahu bahawa terdapat beberapa rakyat tempatan yang terbabit dengan kumpulan ini dan sudah pasti mereka mempunyai jaringan sama dengan ahli lain. Ini yang membimbang­kan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumka­n Malaysia dan Indonesia mengemas kini pertukaran maklumat berikutan pembebasan 300 pengikut JI.

Ahmad Zahid dalam laporan itu berkata, jabatan imigresen kedua-dua negara melakukan persiapan bagi mengelakka­n mereka yang dibebaskan tidak terlepas ke Malaysia dan mempengaru­hi orang ramai.

Mizan berkata, anggota yang dibebaskan ini akan cuba menyambung misi pimpinan utama mereka iaitu untuk merekrut ahli baru dan meracuni pemikiran umum supaya bersimpati dengan perjuangan JI.

Selain Malaysia, katanya, anggota kumpulan ini akan cuba berkumpul di Mindanao serta Wilayah Basilan, Filipina dan bergabung dengan beberapa kumpulan yang sudah menyatakan taat setia kepada militan Daish.

“Keadaan itu akan memberi kekuatan baru untuk gabungan kumpulan militan ini yang jelas setia kepada pimpinan utama Daish iaitu Abu Bakr al-Baghdadi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia