Harian Metro

Dua lagi diburu

- Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

„ Suspek terima arahan daripada pemimpin Daish di Syria rancang cetus huru-hara

Beberapa lagi suspek dipercayai ada kaitan dengan gerakan militan Daish yang meletupkan bom tangan ke sebuah pub di Puchong, Selangor, 28 Jun lalu, berjaya diberkas polis.

Suspek terbaru ditahan itu disyaki ada kaitan dengan misi ‘jahat’ untuk mencetuska­n hura-hara di negara ini selain mempunyai pertalian dengan pemimpin Daish di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahka­n tangkapan itu bagaimanap­un enggan mendedahka­n jumlah sebenar suspek yang diberkas.

“Suspek terbaru ditahan dipercayai ada hubungan dengan kegiatan Daesh. Bagaimanap­un dua lagi suspek utama yang ada kaitan dalam kejadian itu masih belum ditangkap. Pihak PDRM masih mengesan mereka,” katanya.

Menurutnya, polis masih memburu dua warga tempatan dikenali sebagai Md Saifuddin Muji, 28, dan Jasanizam Rosni, 33, berasal dari Johor kerana dipercayai menerima arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria untuk melakukan serangan itu.

Khalid sebelum ini mengesahka­n letupan di pub itu adalah serangan pertama Daish di negara ini dan pihaknya sudah menahan 15 individu termasuk dua anggota polis antara 28 Jun hingga 1 Julai lalu.

Tujuh suspek ditahan di Kedah, Selangor (empat), Kuala Lumpur (dua), Melaka (satu) dan Pulau Pinang (satu).

“Hasil siasatan, kita mendapati memang benar, ada pembabitan elemen Daish dalam kejadian itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, penyerang bertindak membaling bom tangan ke arah pengunjung premis hiburan yang sedang menyaksika­n perlawanan bola sepak Euro 2016.

Akibat letupan itu, empat lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga China cedera.

 ?? Khalid ?? Letupan di pub itu adalah serangan pertama Daish di negara ini dan pihaknya sudah menahan 15 individu termasuk dua anggota polis antara 28 Jun hingga 1 Julai lalu”
Khalid Letupan di pub itu adalah serangan pertama Daish di negara ini dan pihaknya sudah menahan 15 individu termasuk dua anggota polis antara 28 Jun hingga 1 Julai lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia