Harian Metro

Lelaki mati dibelasah depan isteri

-

Raub: Seorang wanita tidak mampu menahan linangan air mata selepas melihat suami kesayangan dibelasah empat lelaki bersenjata­kan sebilah pisau dan tukul besi sehingga maut di sebuah kilang air batu, di Jalan Lipis, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam antara jam 3 dan 4.30 petang itu, mangsa warga Myanmar, Mohamad Ayoub Abd Lala, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Raub Superinten­dan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, isteri mangsa, Zubar Begum Soyed Korim, 20, juga berasal dari Myanmar tidak dicederaka­n suspek.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila empat suspek menceroboh masuk ke bilik mangsa di kilang air batu itu sebelum berlaku pergelutan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja di sebuah kilang perkakas rumah di bandar ini dipukul di kepala sehingga mengalami pendarahan di kepala.

Katanya, suspek kemudian merampas wang tunai milik mangsa berjumalah RM2,500, sepasang subang emas, seutas rantai leher dan dua telefon pintar jenis Samsung sebelum melarikan diri menaiki sebuah teksi dari luar daerah ini.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan mendapati, isteri mangsa mendakwa tiga daripada suspek yang tidak bertopeng menceroboh dan memukul suaminya manakala seorang lagi di luar bangunan.

“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu menemui mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di kepala akibat di pukul dan ditikam oleh suspek.

“Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkina­n motif kejadian itu berunsurka­n samun memandangk­an suspek merampas barang kemas, duit dan telefon bimbit milik mangsa dan isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia