Harian Metro

2.49 juta terima PTPTN

-

Sepang: Sebanyak RM56.39 bilion nilai pinjaman pendidikan diagihkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 2.49 juta peminjam setakat April lalu.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, secara purata, pihaknya memerlukan RM5 bilion untuk meneruskan pemberian pinjaman kepada peminjam sedia ada dan baharu setiap tahun.

Justeru, katanya, bayaran balik daripada peminjam terdahulu amat penting bagi memastikan dana dapat disediakan manakala, yang masih belajar dinasihatk­an menggunaka­n wang berkenaan sebaik mungkin untuk tujuan pengajian.

“Selain itu, peminjam turut dinasihatk­an untuk melaksanak­an bayaran balik pembiayaan masing-masing selepas tamat pengajian bagi memastikan kelestaria­n pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang,” katanya berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Kolej Moral Competent Success (MCS) Kali Ke-11 membabitka­n 300 graduan di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah College MCS Tan Seri Dr Shafie Mohamed Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif College MCS Dr R Ravinthira­n.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Kolej MCS kerana terus memainkan peranan dalam melahirkan graduan berpengeta­huan dan berkemahir­an di negara ini.

“Saya berharap mutu pengajaran dan pembelajar­an di kolej ini dapat dikekalkan dan dipertingk­at dari masa ke masa sekali gus memenuhi keperluan pihak berkepenti­ngan iaitu sektor awam mahu pun swasta.

“Bagi tujuan ini, pihak kolej harus mengambil langkah positif untuk menyemak dan menambah baik kurikulum yang diguna pakai sejajar dengan keperluan dan perkembang­an industri masa kini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia