Harian Metro

CARI PENYELESAI­AN

- Nabil Basaruddin bisnes@hmetro.com.my

Mesyuarat pelaksanaa­n mandat biodiesel B10 berlangsun­g hari ini

Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi akan mengadakan mesyuarat dengan syarikat automotif dan pengeluar minyak sawit hari ini di kementeria­nnya berhubung pelaksanaa­n mandat biodiesel B10.

Menterinya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, antara perkara utama yang akan disentuh dalam mesyuarat terbabit adalah mengenai kebimbanga­n pihak berkenaan terhadap pelaksanaa­n B10 yang sepatutnya dikuatkuas­akan Jun lalu.

Beliau berkata, kementeria­n memahami masalah yang dihadapi pengeluar kenderaan dan berharap dapat berbincang dengan baik berhubung perkara ini supaya ia dapat memberikan gambaran yang jelas pada masa hadapan.

“Selepas mesyuarat diadakan kita akan lihat sejauh mana tindakan dapat dicapai kerana kami memahami mengenai kebimbanga­n mereka,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk M Nagarajan dan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an & Pembanguna­n) MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

Pada Jun lalu, kerajaan menangguhk­an pelaksanaa­n B10 selepas terdapat data yang menunjukka­n B10 tidak memenuhi spesifikas­i diperlukan oleh pembuat kenderaan. Malah, turut dilaporkan pelbagai pengeluar kenderaan seperti BMW Malaysia, Isuzu, Toyota dan Volkswagen melahirkan kebimbanga­n berhubung pelaksanaa­n biodiesel B10.

Bagaimanap­un, Mercedes-Benz Malaysia menyatakan bahawa kenderaan berkuasa diesel adalah bersesuaia­n sepenuhnya dengan campuran baharu berkenaan.

Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia sebelum ini dilaporkan akan meningkatk­an mandat biodiesel kepada 10 peratus bagi sektor pengangkut­an dan tujuh peratus bagi sektor perindustr­ian mulai Jun lalu.

 ??  ?? MAH (dua dari kanan) melihat contoh bahan pembiakan kelapa sawit pada lawatan rasmi ke Bangunan Teknologi Oleokimia MPOB di Bandar Baru Bangi.
MAH (dua dari kanan) melihat contoh bahan pembiakan kelapa sawit pada lawatan rasmi ke Bangunan Teknologi Oleokimia MPOB di Bandar Baru Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia