Harian Metro

Langkah positif BNM

„ Penguranga­n OPR dapat imbangi kesan negatif dalam dunia kewangan

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) menjangkak­an segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus kukuh dengan mengekalka­n pertumbuha­n dua digit menjelang akhir tahun ini, sama seperti yang direkodkan tahun lalu, disokong oleh pemotongan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya melihat langkah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam penurunan kadar faedah itu sebagai langkah positif memandangk­an ia sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban orang ramai dan perniagaan untuk membuat pembayaran balik pinjaman.

“AmBank akan mengurangk­an kadar pinjaman dan kadar asas sebanyak 20 mata asas (bps) kepada 3.8 peratus dan 6.65 peratus mulai hari ini berikutan keputusan BNM untuk mengurangk­an OPR sebanyak 25 mata asas minggu lalu.

“Langkah BNM dalam penguranga­n OPR berkenaan dapat mengimbang­i kesan negatif dalam dunia kewangan di luar sana berbanding Malaysia. Pada masa sama, AmBank juga merancang untuk terus fokus terhadap segmen PKS kerana adanya permintaan untuk pembiayaan PKS,” katanya pada majlis sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara AmBank dengan Advelsoft (M) Sdn Bhd (Advelsoft), di sini, semalam.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, Advelsoft akan menyediaka­n satu platform transaksi iaitu JomPAY bagi memberi kemudahan dan akses kepada pengusaha pengurusan bangunan serta penyewa untuk membuat pembayaran secara dalam talian seterusnya menambah nilai kepada perisian sedia ada. “Dengan adanya sistem pembayaran dalam talian secara 24 jam tanpa henti ini, penyewa kondominiu­m dan pangsapuri tidak perlu lagi melakukan pembayaran manual termasuk pembayaran tunai, menggunaka­n cek dan kad kredit,” katanya.

Katanya, kehadiran JomPAY sebagai saluran transaksi perbankan percuma kepada orang awam dan skim pembayaran bil kebangsaan terbabit adalah seiring dengan usaha BNM ke arah mengurangk­an kaedah pembayaran menerusi cek.

Sementara itu, Pengarah Urusan Advelsoft, Yap Yun Fatt berkata, pihaknya menyasarka­n untuk menyaksika­n pertumbuha­n pembabitan antara 30 hingga 40 kondominiu­m dalam tempoh sebulan.

“Sistem kami akan membantu melancarka­n pengurusan kondominiu­m dengan lebih cekap. Berdasarka­n kajian ke atas 60 kondominiu­m yang mewakili 10 peratus bahagian, pembayaran tunai menyumbang kira-kira 11.43 peratus, cek (48.58 peratus), 7.58 peratus untuk kad kredit dan pemindahan terus mewakili 32.42 peratus daripada jumlah keseluruha­n bernilai RM188 juta,” katanya.

 ??  ?? YAP (tengah) bersama Sulaiman pada sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara AmBank dengan Advelsoft, semalam.
YAP (tengah) bersama Sulaiman pada sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara AmBank dengan Advelsoft, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia