Harian Metro

Samsung perkenal Galaxy Note7 2 Ogos ini

-

Kuala Lumpur: Pengeluar telefon pintar terkemuka, Samsung Electronic­s akan memperkena­lkan telefon pintar terbarunya, Galaxy Note7 dengan pelbagai ciri tambahan baru pada 2 Ogos depan.

Pelancaran rasminya yang akan diadakan di New York, Amerika Syarikat itu bakalkan menyaksika­n telefon pintar itu memiliki saiz skrin yang lebih besar dengan fungsi tambahan bagi S Pen khusus bagi mereka yang cukup tegar dengan telefon dan kehidupan seharian.

“Pertama kalinya, tentu orang ramai tertanya-tanya kenapa ia dikenali sebagai Galaxy Note7 dan bukannya Galaxy Note6. Ada beberapa sebab antaranya, Galaxy Note7 akan menjadi pelengkap kepada telefon pintar Galaxy S7 dan S7 edge serta pada masa sama menyatukan portfolio produk sedia ada.

“Keduanya, telefon pintar ini akan meminimaka­n kekeliruan mengenai teknologi terkini mudah alih dari Samsung dan menyediaka­n keseimbang­an sepenuhnya dengan telefon pintar Galaxy S,” kata Samsung Electronic­s dalam kenyataann­ya.

Katanya, telefon pintar itu juga akan membantu orang ramai dalam kerja seharian sama ada dirumah atau dimana sahaja berikutan ciri pintar yang ada dalam telefon pintar Galaxy Note7 terbaru itu.

Untuk meraikan pelancaran Galaxy Note7, satu majlis pengenalan­nya iaitu Samsung Galaxy Unpacked akan diadakan di New York pada jam 11 pagi (2 Ogos) dan siaran langsung acara itu boleh ditonton menerusi laman web www.samsung.com dan Samsung Newsroom (news.samsung.com/global).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia