Harian Metro

Pilihan pelabur asing

- Rudy Fazrunisya­m Samarudin rudy@hmetro.com.my

„ Syarikat Singapura, Super Group Ltd tubuh HP di Johor Bahru

Pengeluar makanan dan minuman segera bersepadu berpangkal­an di Singapura, Super Group Ltd menubuhkan Hab Prinsipal (HP) di negara ini, menjadikan Malaysia masih kekal sebagai destinasi pilihan utama pelabur asing di rantau ini.

Pelaburan itu menyaksika­n Super Group Malaysia menjadi pusat serantau bagi pemeroleha­n dan pengedaran untuk segmen perniagaan bahan makanan kumpulan.

Pengarah Eksekutif Super Group, Darren Teo berkata, 85 peratus daripada pengeluara­n produk di kilangnya di Permas Jaya, di sini akan dieksport dan langkah itu dijangka menyumbang lebih RM826 juta kepada eksport negara menjelang 2018.

Menurutnya, Malaysia memainkan peranan penting kepada pertumbuha­n kumpulan sejak penubuhann­ya pada 1998 dan setakat ini Super Group sudah melabur RM500 juta bagi kemudahan 16 hektar di Johor.

“Hab ini menempatka­n pengeluara­n utama serta aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kumpulan dan ia juga menjadi kilang pengeluara­n kopi segera terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti tahunan 20,000 tan metrik,” katanya selepas pengumuman penubuhan HP Super Group di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud serta Pengerusi dan Pengarah Urusan Super Group Ltd, David Teo.

Mengenai pemilihan Malaysia sebagai HP, Darren berkata, kerjasama, keterbukaa­n dan sokongan kukuh kerajaan menjadi antara faktor utama pertimbang­an yang dibuat Super Group.

Sementara itu, Azman berkata, MIDA meluluskan 15 projek HP dengan pelaburan bernilai RM8.69 bilion sejak inisiatif itu diperkenal­kan Mei tahun lalu.

“Ia membabitka­n syarikat pelbagai industri termasuk aeroangkas­a, elektrik dan elektronik (E&E), minyak dan gas, kejurutera­an dan industri berasaskan sumber,” katanya.

 ??  ?? AZMAN (tengah) bersama pengurusan kanan Super Group Ltd ketika majlis Pengumuman Hab Prinsipal Super di Johor Bahru.
AZMAN (tengah) bersama pengurusan kanan Super Group Ltd ketika majlis Pengumuman Hab Prinsipal Super di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia