Harian Metro

UMPAN BUAYA

- Agensi

„ Gambar pelancong beri makan reptilia cetus kemarahan

Sebuah taman tarikan pelancong ditutup selepas gambar tersebar menunjukka­n pengunjung dari China termasuk kanak-kanak menggadai nyawa berdiri memberi makan buaya dari dalam sangkar besi kecil.

Gambar dirakam di Elephant Kingdom di Chonburi itu dimuat naik ke Twitter Jumaat lalu mencetuska­n kemarahan kerana meletakkan nyawa pengunjung berkenaan dalam bahaya.

Pengunjung berkenaan dilihat berdiri di dalam struktur seperti sangkar yang diapungkan di atas tong plastik sambil memberi puluhan buaya di bawah makanan yang diikat pada batang kayu halus.

Malah ada buaya yang dilihat melompat keluar dari air untuk mendapatka­n daging yang dihulurkan.

Gambar itu dirakam seorang pemandu beca bermotor yang kebetulan lalu di situ.

Reptilia itu dipercayai dibiakkan untuk ladang buaya. Hanya beberapa jam selepas gambar itu menjadi viral, polis menyerbu taman berkenaan.

Pemilik Elephant Kingdom Uthen Youngprapa­korn berkata: “Kami tidak meletakkan lebih daripada 15 orang di dalam sangkar berkenaan pada satu-satu masa walaupun sebenarnya ia cukup kukuh untuk memuatkan lebih ramai pengunjung.

“Setakat ini tiada masalah dan pengunjung menganggap­nya pengalaman yang menyeronok­kan. Kami juga sentiasa memantau keselamata­n mereka.”

Elephant Kingdom dilaporkan akan ditutup selama 90 hari bagi membolehka­n pihak berkuasa melakukan pemeriksaa­n keselamata­n.

Memberi buaya makan adalah aktiviti popular dalam kalangan pelancong China.

 ??  ?? SEKUMPULAN pelancong China yang dirakam menghulur makanan kepada buaya berkenaan. Gambar kecil, buaya menanti makanan. - Daily Mail
SEKUMPULAN pelancong China yang dirakam menghulur makanan kepada buaya berkenaan. Gambar kecil, buaya menanti makanan. - Daily Mail
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia