Harian Metro

Suntik semula mangsa vaksin palsu

„ Pemvaksina­n semula dilakukan di 4 hospital

- Reuters

Kementeria­n Kesihatan semalam mula melakukan pemvaksina­n semula terhadap puluhan kanak-kanak yang disuntik dengan vaksin palsu di empat hospital di Jakarta Timur dan Jawa Barat, semalam.

Menteri Kesihatan, Nila Moeloek berkata, pemvaksina­n semula itu dilakukan di Hospital Besar Ciracas, Pusat Kesihatan Awam Ciracas dan Hospial aHrapan Bunda di Jakarta Timur serta Hospital Sayang Bunda di Bekasi, Jawa Barat.

Keempat-empat hospital berkenaan sebelum ini disahkan sebagai tempat kanak-kanak disuntik dengan vaksin palsu.

Menurut laporan, Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Nila memantau sendiri proses pemvaksina­n semula itu.

“Kami melakukan pemvaksina­n semula secara berperingk­at kerana tidak mungkin ia boleh dilakukan serentak.

“Data mengenai mangsa vaksin palsu itu kami peroleh daripada unit polis yang menyiasat kes berkenaan.

“Kami menjangka lebih ramai mangsa akan menjalani pemvaksina­n semula itu

pada beberapa hari akan datang,” kata Nila.

Beberapa hospital yang dinamakan antara 14 kemudahan perubatan - kebanyakan­nya di Bekasi - dalam kes penipuan vaksin sudah mencatat dan mengesahka­n pesakit mereka sebelum menjalanka­n pemvaksina­n semula.

Polis Indonesia menahan 23 suspek termasuk doktor di Jakarta, Jawa Barat dan Jawa Tengah bulan lalu kerana didakwa terbabit dalam kes itu.

Sementara itu, Agensi Pemantauan Makanan dan Dadah (BPOM) yang memeriksa 15 daripada 22 vaksin yang dirampas polis daripada suspek.

Tujuh daripadany­a diisyitar palsu.

Dalam pada itu, persatuan doktor dan pengendali hospital Indonesia meminta polis menjamin keselamata­n anggota dan kakitangan mereka selepas pembongkar­an kes vaksin palsu itu.

 ??  ?? SEORANG bayi yang disuntik dengan vaksin palsu sebelum ini, menjalani pemvaksina­n semula di sebuah klinik kerajaan di Jakarta Timur, semalam. - Reuters
NILA
SEORANG bayi yang disuntik dengan vaksin palsu sebelum ini, menjalani pemvaksina­n semula di sebuah klinik kerajaan di Jakarta Timur, semalam. - Reuters NILA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia