Harian Metro

Jawa paling ramai hidup melarat

-

Jakarta: Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia semalam mengumumka­n, jumlah penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan di negara itu ialah sebanyak 10.86 peratus atau 28.01 juta orang setakat Mac tahun ini.

Jumlah itu berkuranga­n sebanyak 580,000 berbanding tahun lalu.

Ketika mengumumka­n hasil penyelidik­an itu, Pengarah BPS, Suryamin berkata, sebahagian besar penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan itu tinggal di kawasan bandar dan pedalaman Pulau Jawa iaitu seramai 14.97 juta orang.

“Di Jawa, 6.9 juta penduduk bandar hidup dalam kemiskinan sementara 8.07 juta lagi di kawasan kampung,” katanya.

Kawasan kedua paling ramai penduduk yang hidup di bawah garis kemiskinan ialah di Sumatera dengan jumlahnya seramai 6.28 juta.

Menurut Suryamin, Bali dan Nusa Tenggara mempunyai 2.4 juta penduduk di bawah paras kemiskinan, Kalimantan, 970,000 dan Sulawesi, 2.11 juta.

Dengan 22.09 peratus, Maluku dan Papua mencatatka­n peratusan terbesar penduduk yang tinggal di bawah paras kemiskinan jika dibandingk­an dengan jumlah populasiny­a.

Bagaimanap­un, dengan 1.54 juta jumlah penduduk, angka itu dianggap rendah.

Dalam pada itu, Suryamin juga berkata, Kalimantan adalah wilayah paling kaya di Indonesia pada 2016, diikuti oleh Jawa, pulau paling padat di negara itu.

Menurut statistik terbaru, populasi Indonesia berjumlah 257 juta orang. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR hiasan, penduduk miskin.
GAMBAR hiasan, penduduk miskin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia