Harian Metro

Arya mula sekolah

-

Karawang: Arya Permana, kanak-kanak obes terlampau di daerah di Jawa Barat ini semalam mula memasuki sekolah yang terletak kira-kira 70 meter dari kediamanny­a.

Kanak-kanak berkenaan yang mempunyai berat badan 190 kilogram berjalan sendiri ke sekolah itu sementara ibu bapanya, Ade Somantri, 42, dan Rokayah, 37, memerhatik­an.

Arya berhenti beberapa kali dalam perjalanan ke sekolah itu kerana kepenatan dan sesak nafas.

Arya menjadi tumpuan media Indonesia dan antarabang­sa apabila dia disahkan kanak-kanak paling obes di dunia baru-baru ini.

Dia sebelum ini dirawat di sebuah hospital di Bandung untuk menjalani diet bagi mengurangk­an berat badannya.

Arya bagaimanap­un enggan meneruskan rawatan itu walaupun selepas dipujuk kerana mahu bersekolah.

“Dia perlu berhenti untuk menarik nafas,” kata Ade ketika melihat anaknya berjalan ke sekolah, semalam.

Bukan setakat Ade dan Rokayah yang memerhatik­an Arya, malah dia juga menjadi tontonan penduduk setempat dan wartawan yang datang untuk membuat liputan hari bersejarah bagi kanak-kanak itu.

Semalam ialah hari pertama persekolah­an di Indonesia.

Berbeza dengan murid lain, Arya ke sekolah tanpa memakai uniform.

Dia hanya memakai seluar merah dan baju hijau tanpa lengan.

“Kami tidak dapat mencari saiz baju sekolah untuknya,” kata Ade. - Agensi

 ??  ?? ARYA menjadi tumpuan rakan sedarjahny­a pada hari pertama mereka bersekolah, semalam.
ARYA menjadi tumpuan rakan sedarjahny­a pada hari pertama mereka bersekolah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia