Harian Metro

Lif terhempas, 8 mati

-

Lapan orang terbunuh apabila lif yang mereka naiki di sebuah bangunan yang dalam pembinaan terhempas.

Pihak berkuasa tempatan bandar raya Longkou di wilayah Shandong berkata, lif itu jatuh dari tingkat 18 bangunan yang separuh siap itu.

Lapan orang yang berada di dalamnya dibawa ke hospital tetapi tiada yang selamat.

Meskipun usaha untuk meningkatk­an keselamata­n dilakukan tahun lalu, keselamata­n di tempat kerja masih menjadi masalah di China kerana peraturan sering kali tidak diendahkan dan tindakan berjimat-cermat oleh majikan sering membawa kepada kemalangan. Agensi

Baton Rogue (Amerika Syarikat): Seorang bekas tentera Amerika Syarikat melepaskan tembakan di ibu negeri Louisiana ini semalam, menyebabka­n tiga anggota polis terbunuh.

Kejadian berlaku dua minggu selepas polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam, kejadian yang mencetuska­n bantahan di seluruh Amerika Syarikat, termasuk serangan yang menyebabka­n lima polis mati di Dallas.

Penyerang dalam kejadian di Baton Rouge itu terbunuh beberapa minit kemudian dalam pertempura­n dengan polis.

Tiga anggota polis cedera dengan seorang daripadany­a kritikal.

Polis mengesahka­n penyerang itu lelaki kulit hitam, Gavin Long, 29, berasal dari Kansas City di Missouri.

Keganasan semalam berlaku beberapa hari selepas kekacauan meletus berkait dengan pembunuhan dua lelaki kulit hitam awal bulan ini.

Long berkhidmat dalam pasukan Marin Amerika dari Ogos 2005 hingga Ogos 2010. Dia pernah dihantar ke Iraq dari Jun 2007 hingga 2009 dan berpangkat sarjan sebelum berhenti.

Dalam rakaman

video yang dimuat naik ke Youtube seminggu sebelum kejadian, Long berkata, dia mahu orang ramai tidak mengaitkan­nya dengan mana-mana kumpulan atau pertubuhan jika dia mati.

“Saya hanya ada hubungan dengan keadilan. Saya mempunyai fikiran sendiri dan membuat keputusan sendiri,” katanya. - AFP

 ??  ?? POLIS memeriksa seorang lelaki dan kenderaann­ya berhampira­n tempat kejadian di Baton Rouge, semalam. Gambar kecil, Long.
POLIS memeriksa seorang lelaki dan kenderaann­ya berhampira­n tempat kejadian di Baton Rouge, semalam. Gambar kecil, Long.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia