Harian Metro

PENDUDUK KAMPUNG KENANG BENCANA MH17

-

Penduduk kampung Petropavli­vka di timur Ukraine, antara tempat serpihan pesawat Penerbanga­n MH17 yang ditembak jatuh dua tahun lalu bertaburan, kelmarin mengadakan majlis memperinga­ti kejadian itu.

Majlis sama juga diadakan di Vijfhuizen, berhampira­n Lapangan Terbang Schiphol, Amesterdam, tempat pesawat itu berlepas.

Pesawat Malaysia

Airlines itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu bumi ke udara pada

17 Julai 2014 ketika pertempura­n sengit antara tentera Ukraine dengan pemisah pro-Russia, menyebabka­n semua

298 orang di dalamnya terbunuh.

Kapal Boeing 777 itu dalam penerbanga­n rutin antara Amsterdam dan

Kuala Lumpur dan dua pertiga penumpangn­ya warga Belanda.

Siasatan antarabang­sa merumuskan Oktober lalu, pesawat malang itu menjadi sasaran peluru misil BUK buatan Russia yang dilepaskan dari kawasan yang dikuasai pemisah pro-Russia.

Ia bagaimanap­un tidak menyebut pihak yang bertanggun­gg jawab.

Hasil siasatan jenayah yang diketuai Belanda dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Ahad lalu, 60 orang berkumpul di tempat nahas itu di kampung Petropavli­vka, membawa bersama mereka bunga dan menyalakan lilin di satu dataran tempat sebahagian

Majlis diadakan di Petropavli­vka, timur Ukraine, tempat pesawat

Malaysia Airlines itu ditembak jatuh

 ??  ?? SEORANG kanak-kanak memerhatik­an sisa serpihan
pesawat Penerbanga­n MH17 yang diatur bersebelah­an kapal terbang
kertas yang dibuat kanakkanak Kampung
Petropavli­vka.
SEORANG kanak-kanak memerhatik­an sisa serpihan pesawat Penerbanga­n MH17 yang diatur bersebelah­an kapal terbang kertas yang dibuat kanakkanak Kampung Petropavli­vka.
 ??  ?? GAMBAR fail - serpihan kapal terbang
Boeing 777 milik Malaysia Airlines yang terhempas di timur Ukraine
selepas ditembak jatuh misil BUK pada 17 Julai
2014.
GAMBAR fail - serpihan kapal terbang Boeing 777 milik Malaysia Airlines yang terhempas di timur Ukraine selepas ditembak jatuh misil BUK pada 17 Julai 2014.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia