Harian Metro

‘SAYA DAH JANGKA’

- AFP

Henrik Stenson mendedahka­n dia mempunyai firasat akhirnya akan menjuarai kejohanan utama sulungnya minggu ini selepas menyingkir­kan Phil Mickelson dalam aksi kemuncak yang mencabar pada Terbuka British, kelmarin.

“Ia bukan sesuatu yang ingin anda hebohkan tapi saya dapat rasakan kali ini giliran saya,” kata pemain Sweden itu yang mencatat rekod 20 bawah par keseluruha­n di Royal Troon, dengan kelebihan tiga pukulan mengatasi Mickelson.

“Saya sedar, saya perlu berjuang jika ketinggala­n, namun saya fikir keyakinan tambahan yang membuat saya berhabis-habisan minggu ini.”

Stenson memulakan aksi

(gambar)

pusingan akhir dengan 12 bawah par keseluruha­n, satu pukulan mengatasi Mickelson, namun kehilangan satu pukulan dan terlepas status pendahulu.

Bagaimanap­un, dia bangkit dengan 10 birdie untuk akhirnya menjulang kejuaraan utama dengan 63 pukulan pada pusingan terakhir. Mickelson turut mencatat 63 pukulan pada pusingan pertama Khamis lalu.

“Saya bangga dengan corak permainan saya. Permainan yang hebat bersama Phil. Kelihatann­ya seperti aksi dua penjuru dan begitulah kedudukann­ya sehingga akhir,” kata Stenson.

“Saya tahu dia tidak akan mengalah dan keadaan ini memudahkan saya.”

Kedua-duanya saling mencabar dalam sembilan lubang terakhir selepas Stenson gagal menyempurn­akan par pada lubang ke-11 yang berbahaya namun bangkit dengan tiga birdie berturut-turut mulai lubang ke-14.

Sementara itu Mickleson gagal menyempurn­akan eagle pada lubang ke-16 sekali gus memusnahka­n peluangnya.

“Phil terlepas tolakan eagle, kelihatan bola seperti masuk dan saya jangkakan dia akan menyempurn­akan setiap putt,” kata Stenson.

Ketika pencabar lain begitu jauh ketinggala­n, pertarunga­n kedua-dua pemain itu mengimbau kenangan ‘Duel in the Sun’ di antara Tom Watson dan Jack Nicklaus di Turnberry pada 1977.

Rory McIlroy berkongsi tempat kelima dengan empat bawah par 280, 16 pukulan di belakang Stenson, Dustin Johnson satu bawah par 282, Jason Day (285) dan Jordan Spieth (286).

„ Bintang Sweden dedah firasat julang trofi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia