Harian Metro

‘Pogba takkan pergi’

Allegri tolak andaian bintang Juve berpindah kelab

- Reuters

Pengurus Juventus Massimilia­no Allegri yakin Paul Pogba akan kekal di kelab itu meskipun desas-desus mengenai pemain tengah Perancis itu akan berpindah ke England atau Sepanyol.

Pogba, yang mempunyai kontrak di Juventus hingga 2019, dikaitkan dengan kepulangan ke kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United atau juara Liga Juara-Juara Real Madrid.

“Saya tenang berdepan khabar angin pemain itu ke England,” kata Allegri.

“Sesiapa pun yang mempunyai peluang meninggalk­an Juventus akan menimbang dengan teliti kerana ketika ini Juve antara empat kelab terbaik Eropah.”

Pogba, yang menggalas tugas penting dalam kempen Perancis ke final Euro 2016, bermain 48 kali dalam semua pertanding­an musim lalu untuk memberikan Juve kejuaraan Serie A dan Piala Itali.

Juara Itali itu turut mengukuhka­n skuad mereka dengan mendapatka­n pemain tengah Miralem Pjanic, bek kanan Dani Alves dan pertahanan Maghribi Medhi Benatia pada musim

Pogba milik Juve dan pada akhirnya dia juga mahu menjuarai satu lagi scudetto dan harapnya Liga Juara-Juara”

Massimilia­no Allegri

rehat liga.

“Ini bukanlah kelab menjual pemain yang hanya membiarkan pemainnya pergi. Pogba milik Juve dan pada akhirnya dia juga mahu menjuarai satu lagi scudetto dan harapnya Liga Juara-Juara,” kata pengurus

berusia 48 tahun itu.

“Tarikan dan kesedaran terhadap kemampuan kami kini semakin meningkat. Setakat ini pasaran kami musim panas ini adalah lapan per sepuluh, membawa masuk pemain bertaraf antarabang­sa seperti Medhi Benatia, Dani Alves dan Miralem Pjanic.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia