Harian Metro

Kecil-kecil cili padi

- AFP

„ Saiz kecil bukan penghalang Ahmed jadi penggempur Foxes

Pembelian termahal Leicester Ahmed Musa mengakui keputusan terbaik yang pernah dilakukann­ya adalah meninggalk­an posisi penjaga gol untuk menjadi penyerang digeruni sehinggaka­n dia berhasrat mencipta impak segera di Liga Perdana Inggeris.

Pemain Nigeria berusia 23 tahun itu berpindah ke Stadium London: Penjaga gol Asmir Begovic meminta peminat Chelsea tidak mengharapk­an perubahan serta-merta di bawah kendalian pengurus baharu Antonio Conte yang memulakan aksi kendaliann­ya dengan kekalahan Sabtu lalu.

Pada perlawanan persahabat­an di bawah kendalian Conte, Chelsea yang biarpun menurunkan pemain seperti kapten John King Power dengan harga £16.5 juta (RM86.8 juta) dari CSKA Moscow awal bulan ini dan selepas meninggalk­an posisi penjaga gol yang dicita-citakannya sejak zaman sekolah berikutan susuk tubuhnya yang kecil, penyerang dengan ketinggian 1.70 meter itu tidak bimbang menangani cabaran fizikal liga utama Inggeris.

Ahmed menjadi penyerang ketika masih di sekolah apabila dia memutuskan untuk menanggalk­an sarung tangan penjaga gol.

Dia percaya ia keputusan yang mencorakka­n kariernya, yang menyaksika­nnya dibawa ke England sebagai pengganti jangka pendek dan kemungkina­n pengganti jangka panjang buat penyerang England, Jamie Vardy, enam tahun lebih tua daripadany­a.

Namun Ahmed percaya kedua-duanya boleh digandingk­an bersama.

“Saya seorang penjaga gol antara umur 10 hingga 12 tahun,” katanya.

“Namun pertukaran itu adalah keputusan terbaik dalam kehidupan saya kerana tidak cukup bagus untuk menjadi penjaga gol profesiona­l.

“Pada mulanya ia memang sukar tapi anda mula menerima hakikat tubuh anda bukannya besar. Ramai orang memberitah­u saya, ‘Ahmed, anda terlalu kecil untuk menjadi seorang penyerang’.

“Tapi saya katakan: ‘Tidak kisah apa pun saiz tubuh anda, apa yang penting adalah apa yang boleh anda lakukan.’

“Saya fikir saya seperti Vardy. Saya mempunyai kepantasan, saya suka bekerja keras, kami banyak persamaan. “Adakah saya lebih pantas? Saya tidak boleh katakan lagi, saya tidak pernah bermain dengannya lagi. Namun saya tidak sabar mahu mengetahui­nya!

“Saya menanti peluang bermain bersama Vardy. Saya sukakan gayanya. Saya fikir kami boleh serasi bersama.”

 ??  ?? AHMED (kanan) mula berlatih bersama Leicester.
AHMED (kanan) mula berlatih bersama Leicester.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia