Harian Metro

Aksi sulung

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham bakal membuat penampilan pertama bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Pengendali Johor DT Mario Gomez berkata, Azrif mungkin diturunkan sama ada di posisi bek kiri atau kanan bagi menggantik­an Fazly Mazlan atau S Kunanlan.

Beliau menegaskan Azrif boleh beraksi di kedua-dua posisi dan tidak timbul masalah untuk menggunaka­n khidmat pemain itu pada perlawanan menentang skuad kendalian Fauzi Pilus.

“Kami belum raih kemenangan selepas seri dengan PKNS pada aksi pertama baru-baru ini dan aksi menentang PDRM amat penting untuk mencari tiga mata walaupun beraksi di tempat lawan.

“Apa pun kami tetap akan memberi persembaha­n terbaik dan saya akan membuat rombakan kecil dalam kesebelasa­n utama dengan merehatkan beberapa pemain tonggak untuk memastikan pemain utama diberi rehat secukupnya bagi pertembung­an menentang Sarawak, Jumaat ini.

“Saya memiliki barisan pemain yang seimbang dan tidak kira sama ada pemain utama atau simpanan, semuanya memiliki kualiti hebat dan ia memudahkan saya membuat percaturan untuk perlawanan kempen Piala Malaysia dan Liga Super,” katanya.

Sememangny­a ia aksi penting buat skuad Harimau Selatan dan Gomez menuntut setiap pemain yang diturunkan sentiasa fokus dan mengelak daripada melakukan kesilapan yang mungkin menyebabka­n kehilangan mata.

Beliau berkata, kemenangan besar 5-0 ke atas Kedah baru-baru ini bakal mencetus motivasi buat barisan pemain Johor DT untuk mempamerka­n aksi konsisten dan bijak mengambil peluang menjaringk­an gol.

“Perlu kekal konsisten sepanjang 90 minit dan elak daripada hilang tumpuan pada 10 minit terakhir seperti apa yang berlaku ketika menenang PKNS malah pemain perlu mempamerka­n penguasaan dalam permainan dan jangan beri ruang kepada lawan menguasai,” ujar Gomez.

„ Azrif bakal buat penampilan pertama menentang PDRM

 ?? IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS ?? AZRIF (kanan) tidak diturunkan ketika Johor DT menang besar ke atas Kedah.
IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS AZRIF (kanan) tidak diturunkan ketika Johor DT menang besar ke atas Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia