Harian Metro

MU ubah strategi layan negeri jiran Bangkit lenyap kecaman

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my Azizan Hashim sukan@hmetro.com.my

Melaka: Melaka United (MU) tidak pernah memandang mudah cabaran Negeri Sembilan sebaliknya sentiasa berwaspada bagi mengelak kekalahan di tangan skuad negeri jiran pada aksi kedua saingan Piala Malaysia malam ini.

Malah, kelebihan aksi di gelanggang sendiri sudah pasti Negeri Sembilan menyimpan keazaman untuk meraih tiga mata berdepan skuad Hang Tuah.

Jurulatih MU Mat Zan Mat Aris berkata, apa yang diharapkan kedudukan teratas liga Perdana setakat ini mampu menjadi azimat berharga buat pemain memberikan yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia. Mengakui strategi permainan terpaksa diubah selepas beberapa pemain utama mengalami kecederaan, skuad bimbingann­ya akan tampil dengan persembaha­n berbeza menerusi gabungan muka baharu.

“Saya yakin dengan komitmen semua pemain termasuk pemain simpanan. Malah, ini dianggap kelebihan buat mereka untuk mempersemb­ah yang terbaik, sekali gus mendapatka­n tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Kini saya akui, kebergantu­ngan kepada pemain yang sama tidak boleh dijadikan keutamaan berikutan jadual yang padat selain masalah kecederaan,” katanya.

Dengan empat tonggak cedera termasuk pemain import baharu dari Poland Alexandru Tudose di benteng pertahanan, Mat Zan bakal mengabungk­an dua pemain tempatan di benteng terakhir.

>>Skuad Bos Gaurus kecundang di tangan FELDA 1-2 Sabtu lalu

Tiga awang import Xhevahir Sukaj, Elias Fernandez dan Oybek Kilichev diharap mampu meningkatk­an persembaha­n mereka untuk membantu kejayaan pasukan menentang PKNS dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini.

Selepas dua kekalahan berturut-turut, jurulatih Karl-Heinz Weigang berharap kuartet awang import itu termasuk Thiago Junior boleh memberi sumbangan lebih bermakna.

Sukaj, Elias dan Kilichev dikecam hebat selepas Perak tumpas 1-2 kepada FELDA United, Sabtu lalu.

Manakala Thiago dipersalah­kan ekoran kekalahan 1-2 kepada PDRM dalam saingan Piala Malaysia pada 13 Julai lalu.

Begitupun, pemain itu tidak diturunkan kerana menjalani penggantun­gan ketika bertemu FELDA.

“Kami perlu mencari kemenangan semula untuk mengembali­kan keyakinan diri selepas mengalami dua kekalahan.

“Sebagai pemain profesiona­l yang menerima bayaran tinggi mereka perlu memberi sumbangan lebih berkesan,” ujar Weigang.

Beliau juga berharap pemain melupakan dua igauan buruk sebelum ini.

“Saya harap pemain akan mengusahak­an kejayaan malam ini,” katanya.

Begitupun, jurulatih Jerman itu berkata, untuk mencapai kejayaan Perak perlu menjaringk­an gol serta kurang melakukan kesilapan.

“Nak menang kena jaring gol serta tidak memberi peluang kepada lawan,” katanya.

Weigang berkata, beliau akan berusaha mencari formula kemenangan bagi meletak pasukan Bos Gaurus di

„ Weigang tuntut trio import Perak pamer kualiti sebenar berdepan Semut Merah

landasan betul dalam aksi Kumpulan C.

Bagaimanap­un, tuan rumah tidak dapat menurunkan kapten Nasir Basharuddi­n yang mengalami kecederaan ketika bertenu FELDA.

 ??  ?? ELIAS (tengah) diharap tingkat kualiti permainan.
ELIAS (tengah) diharap tingkat kualiti permainan.
 ??  ?? PEMAIN import MU Yashir Armando Pinto Islame (kanan) antara sandaran MU.
PEMAIN import MU Yashir Armando Pinto Islame (kanan) antara sandaran MU.
 ??  ?? KILICHEV
SUKAJ
KILICHEV SUKAJ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia