Harian Metro

Cheng Hoe rombak benteng

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe akan melakukan rombakan terutama di bahagian pertahanan dan penjaga gol yang dilihat antara faktor kelemahan menyebabka­n Helang Merah tewas besar 0-5 kepada Johor Darul Takzim (JDT) Sabtu lalu.

Cheng Hoe berkata, rombakan segera di posisi berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan peluang Kedah dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia tidak tergugat.

“Saya juga sudah mengenalpa­sti masalah utama berpunca daripada kelemahan individu di posisi pertahanan yang mana perlu dilakukan perubahan segera bagi menghadapi perlawanan seterusnya menentang pasukan T-Team di Kuala Terengganu esok.

“Kami sedang berusaha untuk mengembali­kan keupayaan sebenar Kedah melalui perubahan yang akan dilakukan bagi memastikan benteng Kedah tidak lagi mudah bocor,” katanya.

Menurutnya, dalam dua perlawanan Kedah selepas bermulanya aksi Piala Malaysia dan Liga Super ini, iaitu pada 13 Julai menentang Sarawak dan Sabtu lalu menentang JDT, Kedah dibolosi lapan gol dan ini perlu diberi perhatian serius supaya masalah kelemahan benteng Kedah dapat diatasi dengan segera.

“Saya harap setiap pemain mengambil pengajaran berguna untuk bangkit dan memperkema­skan mutu permainan dengan segera serta lupakan segera kekalahan sebelum ini yang boleh mengganggu mental.

Kedah kini menghuni tangga keenam Liga Super 2016 dengan mengumpul 16 mata melalui tiga kemenangan, tujuh seri dan tiga kekalahan.

 ??  ?? KEDAH tewas besar kepada Johor DT dalam aksi Sabtu lalu.
KEDAH tewas besar kepada Johor DT dalam aksi Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia