Harian Metro

FAMNAFI DAKWAAN TMJ

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Selepas mengunci mulut hampir seminggu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil dengan menafikan semua dakwaan tidak berasas pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung persaraan empat tonggak utama dari pentas antarabang­sa iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Radzak, Amirulhadi Zainal dan S Kunanlan minggu lalu.

Empat dakwaan yang dinyatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu sebelum ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang mempertaha­nkan barisan kejurulati­han Datuk Ong Kim Swee dan pengurusan badan induk itu.

Antara dakwaan yang dibangkitk­an adalah kelemahan sistem latihan pasukan negara yang menyebabka­n ramai pemain mudah mengalami kecederaan, tidak menjaga kebajikan pemain, ramai ahli perniagaan dalam FAM dan amalan rasuah serta pengakuan pemain dikatakan sudah letih dengan panggilan pasukan kebangsaan.

Jelas Hamidin, dakwaan latihan skuad Harimau Malaysia tidak berintensi­ti tinggi menjadi punca kecederaan pemain selepas pulang dari kem latihan pusat adalah tidak benar.

“Sepanjang siri jelajah Oceania di Australia, Papua New Guinea, New Caledonia dan Fiji dari 11 hingga 29 Jun lalu hanya empat pemain mengalami kecederaan. Mereka adalah Shahrom Kalam (Selangor), Mahali Jasuli (Johor DT), Latiff Suhaimi (PDRM) dan Zaquan Adha Radzak (Johor DT II).

“Ini membuktika­n kenyataan lima pemain Johor DT mengalami kecederaan selepas pulang dari kem latihan skuad kebangsaan

„ Hamidin anggap empat tuduhan Tunku Ismail tak berasas, FAM bebas rasuah

adalah tidak benar. Dakwaan mengatakan pasukan hanya mengadakan empat sesi latihan dari 19-29 Jun juga tidak tepat.

“Ia kerana jumlah sebenar dalam tempoh 11 hari itu sebanyak tujuh sesi dan dalam tempoh itu juga diadakan dua aksi bertemu New Caledonia (22 Jun) dan Fiji (26 Jun) selain tiga hari lain dihabiskan untuk penerbanga­n dari empat lokasi berbeza,” katanya pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menurutnya, FAM tidak perlu meniru program latihan pasukan negara jiran dan mengikut tempoh waktu kem latihan mereka kerana jadual liga domestik setiap negara berbeza.

“Kenyataan bahawa persatuan tidak menjaga kebajikan pemain di kem latihan skuad kebangsaan juga tidak benar sama sekali. Ini kerana semua keperluan sudah disediakan lengkap untuk mereka termasuk tempat tinggal di hotel, pakaian, makanan dan pengangkut­an.

“Selain itu, setiap pemain turut diberi elaun harian dan bonus perlawanan bersesuaia­n dan berpatutan sepanjang tempoh mereka berada dalam kem latihan pusat,” katanya.

Ujarnya lagi, FAM juga tidak membenarka­n budaya rasuah dalam persatuan itu kerana Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) turut bertegas dalam menangani rasuah.

“Jawatankua­sa

Integriti juga ditubuhkan FAM untuk memantau bukan saja pasukan bola sepak, malah keseluruha­n pentadbira­n dan juga barisan kepimpinan. Bagaimanap­un tidak dinafikan dakwaan ada ramai ahli perniagaan berada dalam FAM.

“Ini memandangk­an mereka dipilih dalam kalangan mereka yang bertanding dari seluruh ahli gabungan FAM. Ini juga berlaku dalam mana-mana persatuan sukan kebangsaan yang lain,” katanya.

 ??  ?? Kenyataan bahawa persatuan tidak menjaga kebajikan pemain di kem latihan skuad kebangsaan juga tidak benar sama sekali. Ini kerana semua keperluan sudah disediakan lengkap untuk mereka termasuk tempat tinggal di hotel, pakaian, makanan dan pengangkut­an”
Kenyataan bahawa persatuan tidak menjaga kebajikan pemain di kem latihan skuad kebangsaan juga tidak benar sama sekali. Ini kerana semua keperluan sudah disediakan lengkap untuk mereka termasuk tempat tinggal di hotel, pakaian, makanan dan pengangkut­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia