Harian Metro

Kim Swee tumpu mantap pasukan menjelang AFF

-

Petaling Jaya: Di sebalik kemelut yang melanda pasukan bola sepak kebangsaan susulan persaraan empat pemain utama termasuk ketua pasukannya langsung tidak mengganggu perancanga­n pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee

yang akan mengharung­i tiga aksi persahabat­an antarabang­sa kelas ‘A’ pada September dan Oktober ini.

Menurut Kim Swee, biarpun beliau masih terkejut dengan persaraan pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim, Aidil Zafuan Radzak, Amirulhadi Zainal dan S Kunanlan, beliau tetap memberi tumpuan sepenuhnya dalam misi membentuk sebuah pasukan mantap menjelang saingan Piala AFF, November

(gambar)

ini.

Malaysia yang kini berada di ranking ke-167 dunia dijadual bertemu Indonesia (ranking 191) di Surabaya pada 9 September disusuli pertemuan menentang Singapura (ranking 158) di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober, sebelum aksi terakhir pada 11 Oktober menentang Afghanista­n (ranking 150) di Stadium Shah Alam.

“Pemain akan mengharung­i enam perlawanan sepanjang Julai dan lapan perlawanan sepanjang Ogos.

“Jadi dua perlawanan pada September dilihat akan membebanka­n pemain yang dipanggil dan sebab itulah satu perlawanan diatur menentang Indonesia supaya mereka dapat memberikan persembaha­n yang terbaik.

“Jadi untuk itu, hanya satu perlawanan persahabat­an pada September supaya pemain yang dipanggil ke latihan pusat bermula 29 Ogos nanti tidak terlalu letih selepas mengharung­i jadual liga domestik yang cukup padat sepanjang Julai dan Ogos,” katanya pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Sementara itu, majlis undian bagi Piala AFF akan diadakan di Yangon, Myanmar pada 2 Ogos ini dengan juara bertahan, Thailand dan naib juara, Malaysia akan dipisahkan di peringkat awal. Myanmar dan Filipina menjadi tuan rumah bagi kejohanan edisi ke-11 itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia