Harian Metro

Tuah CT buka langkah

- Syahid Sokri sukan@hmetro.com.my

Pasukan Tuah Cycling Team (TCT) mahu menjadikan penyertaan mereka dalam saingan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park pada 30 Julai ini sebagai batu loncatan untuk mengasah kemampuan mereka.

Jurucakap pasukan Muhammad Naji Yaakub berkata, walaupun ini kali kedua pasukannya menyertai pertanding­an mereka tetap mahu berusaha bersungguh-sungguh mencapai hasrat menamatkan perlumbaan.

“Kami mahu menimba pengalaman dan pada masa sama dapat memberi saingan kepada pelumba lain.

“Disebabkan TCT baru ditubuhkan, jadi hasrat kami mahu menjadikan kehadiran kami dapat dikenali pasukan lain.

“Penubuhan pasukan kami bermula dari kelab basikal komuniti di Taman Perdana Sungai Petani yang menggabung­kan penduduk dan belia dalam usaha menjaga kesihatan,” katanya. Menurutnya, mereka percaya dengan menyertai MTB dapat memberikan rentak kepada 15 pelumba yang akan menyinar nanti.

„ Tekad mahu tamatkan perlumbaan Sirkit 1

“Kami sudah bersedia hasil daripada latihan sepanjang hari pada waktu petang dan hari minggu.

“Latihan dibuat pada setiap hari membabitka­n trek kayuhan ke Pantai Merdeka manakala trek off-road dari Pantai Perai ke Padang Serai sejauh 21 kilometer.

“Kami mengharapk­an trek off-road dapat memberikan sedikit cabaran untuk memberikan sedikit bisa kepada pelumba kami untuk menjadikan­nya sebagai satu pengalaman berharga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia