Harian Metro

ROOKIE TUMPUAN Tayar belakang ganggu pecutan Hafizh

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Tumpuan peminat sukan permotoran negara pasti terarah kepada Khairul Idham Pawi ketika berbaki sembilan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Selepas separuh musim berlangsun­g, pelumba Moto3 negara yang beraksi untuk Honda Team Asia itu membuktika­n kejayaanny­a muncul juara di Argentina bukanlah nasib semata-mata.

Sejak tampil sepenuh musim pada Mac lalu, dia muncul juara sebanyak dua kali, dua kali di tangga ke-14, masing-masing sekali di kedudukan ke-20 dan 22 selain tiga kali gagal menamatkan perlumbaan.

Hanya Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo memenangi perlumbaan lebih banyak daripadany­a, muncul juara dalam tiga perlumbaan.

“Keadaan cuaca (litar basah) di Jerman (kelmarin) membantu saya meraih kemenangan kali kedua musim ini.

“Saya tidak memikirkan podium dengan tumpuan adalah cuba menamatkan perlumbaan kerana tiga perlumbaan sebelumnya saya gagal melakukann­ya.

“Ia perlumbaan yang sukar kerana saya perlu bermula dari kedudukan belakang,” jelas pelumba berusia 17 tahun itu.

Khairul yang bermula di petak ke-20 tenang mendominas­i perlumbaan di Litar Sachsenrin­g apabila jauh meninggalk­an pencabarny­a untuk melintasi garisan penamat secara solo dengan perbezaan 11 saat.

Pujian diberikan pengurus pasukan Tadayuki Okada apabila Khairul membuktika­n kepakarann­ya berlumba di litar basah.

“Keadaan litar basah sekali lagi membezakan dia dan pelumba lain. Dia secara konsisten mencatat masa yang bagus pada setiap pusingan untuk menguasai perlumbaan.

“Tanpa diragui, dia berhak meraih kemenangan kedua di musim pertamanya. Saya sangat menghargai semua pihak yang menyokong kami,” ujarnya.

Perlumbaan ke-10 MotoGP akan berlangsun­g di Spielberg, Austria bulan depan.

„ Kejayaan Khairul raih podium buka mata pesaing lain

Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah seharusnya meraih kedudukan lebih baik pada perlumbaan di Jerman kelmarin.

Namun masalah tayar belakang semasa perlumbaan memusnahka­n harapan pelumba negara itu memberikan cabaran sengit.

Tahap keyakinan pelumba Moto2 itu tinggi selepas mencatat masa yang baik semasa pusingan pemanas badan namun terpaksa mengurangk­an kelajuan kerana masalah yang dihadapiny­a itu.

“Ia perlumbaan yang sukar. Saya cuba untuk sekurang-kurangnya mendapat masa yang sama seperti sesi pagi.

“Malangnya masalah itu muncul selepas beberapa pusingan dan saya bergelut untuk mengekalka­nnya. Saya cuba yang terbaik dan meraih kedudukan ketujuh,” katanya.

Hafizh yang bermula di petak ke-11 menamatkan perlumbaan sebanyak 29 pusingan itu dengan masa 48 minit 00.588 saat dengan hanya 15 daripada 27 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan dalam keadaan litar basah.

Pengurus pasukan Barry Leong menjelaska­n Hafizh kelihatan selesa ketika sesi pemanas badan dan semuanya berjalan lancar dalam aspek jentera.

“Malangnya dia tidak mampu untuk menghampir­i catatan masa ketika sesi pagi. Tayar belakangny­a mengalami masalah dan terlalu berisiko dalam litar basah.

“Kami bersyukur dia mampu menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh,” jelasnya.

 ?? Khairul Idham Pawi ?? Saya tidak memikirkan podium dengan tumpuan adalah cuba menamatkan perlumbaan kerana tiga perlumbaan sebelumnya saya gagal melakukann­ya” KHAIRUL (tengah) bermula di petak ke-20.
Khairul Idham Pawi Saya tidak memikirkan podium dengan tumpuan adalah cuba menamatkan perlumbaan kerana tiga perlumbaan sebelumnya saya gagal melakukann­ya” KHAIRUL (tengah) bermula di petak ke-20.
 ??  ?? HAFIZH tamat perlumbaan di kedudukan ketujuh.
HAFIZH tamat perlumbaan di kedudukan ketujuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia